Nuffnang

Sunday 30 September 2012

Izinkan Diriku

Kasih, kelembutan dan keayuanmu memukau kalbu...
kau hadir membawa bahagia...
untuk di kongsi bersama di kala duka...
murni jiwamu bak bidadari...
mempersona tiap hati yang terpaut menjadi rebutan...

Indah mata mu menawan kalbu...
sayu hati tiap kali melihat...
setiap kedipan mata mu...
rugilah setiap saat yang berlalu...
terlepas keindahan dunia begitu sahaja...

Berikan aku peluang...
peluang untuk membahagiakan diri mu...
kerana kau amat teristimewa buat diriku...
tidak ingin aku berjauhan darimu...
tidak ingin aku kehilangan suci cinta mu...

Izinkan setiap nafas yang di hela...
dijadikan korban memelihara cinta kita...
izinkan setiap degupan jantung ini...
ditaruhkan melindungi dirimu...
sudilah menemani daku di duniawi dan syurgawi...

Saturday 29 September 2012

Sketsa 2

Haaa... mesti tertunggu-tunggu apa video nya kan an an? Tapi x pe biar ia menjadi penutup kali ini. Jika pagi dan tengah hari belajar... Petang nak buat apa pula ya? Ermm... kalo korang buat apa erkk? o.O

                         
Ha... ini lah riadah petang petang mereka... macam filem hindustan pula nak berjalan di bawah pokok.. Tapi kenapa semua perempuan dia sorang saja yang lelaki??? Ai... nak touch-up sorang je ker... Beginilah di waktu petang yang terluang dari tempat pembelajaran hingga ke taman rekriasi mereka berkongsi pasangan bahagia...




 Tukar shift pula... ha ni mesti mamat ni jelous kawan dia begambo ngan ramai jelitawan... Al-maklum lerhh HOT kannn... >_< Dah nak bermandi manda bagai... ape cer semua ini.... Cantik landskap di belakang itu, memang menarik perhatian... Boleh di katakan setiap kali joging, mesti sampai sini punya lah... hahah...
 Tuuuuuuu dia..... dua jejaka telah bersatu... tapi apasal jauh sangat... Biasanya selepas berjoging, kami akan singgah supermarket untuk membeli barang keperluan... haha... Jom g Mydin... Sampai kat Mydin ngan baju nye berpeluh main selamber badak je shoping barang... Buat muka tak malu heheh >_<
Seperti yang dijanjikan... Video yang tergendala... saksikan... selamat menonton :)

Friday 28 September 2012

Mendakap Cinta

Adakah ini balasannya,
setelah cinta ku beri,
sepenuh hati kucurah sayang,
setega perasaan ini ku pertaruhkan,
namun,
sekilas raga kau usangkan semuanya,
sekelip mata kau robohkan,
istana cinta bertakhtakan janji,
sehela nafas kau racuni,
haruman taman kasih nan mekar bunga-bungaan jiwa.

Telah berulang kali ku mengalah,
ternyata sabarku tidak bermakna buat mu,
riang nya kau menari di atas tangisan ku,
kau permainkan hatiku sesuka hatimu,
apakah ertinya ucapan manis mu,
kau nyatakan merindui diri ku,
mungkin hanya diri ku,
yang membiarkan menipu diriku,
biar kasih dan luka menyiksa jiwa,
biarkasih tak kunjung tiba,
biar aku yang mengemis cinta,
kerana pada hakikatnya,
diri ku kau persenda.

Di malam yang sunyi,
sepi menyendiri,
ku hulur dan menyusun jari,
ku pohon kau hadir dan ubatkan rinduku,
sebuah kasih tak kunjung hadir,
mencari sinar cinta,
dalam kelam aku melangkah,
dalam takut aku berani,
mencari jalan terang,
untuk aku buat bekalan hidup,
untuk terus mengharungi liku-liku hidup,
dan sedikit sisa masa yang tinggal,
akan aku jayakan dengan seribu kegagalan...

Thursday 27 September 2012

Player Muda Terbaik Barcelona

Barcelona merupakan kelab bola sepak kegemaran ramai... Tahu atau tidak... telah ada pengganti Leo Messi di Youth Academy. Nak tahu siapa dia?

Seung Woo Lee



Ha... ni ada video pendek.. Asik kita layan K-Pop saja, ha... mari lihat rentak dia menari di atas padang





Wednesday 26 September 2012

Sketsa1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Apa khabar? Saya sihat disini. Huh!! semalam, sedar tak sedar saya berjaga selama 38 jam... Sehingga jam 12 malam tadi baru dapat saya tidur dengan jayanya... 
Kali ni apa pula yang saya nak ceritakan? Errmmm..o.O 


Haaa nih dia tempat di mana aku bertapa sekarang... Macam tak ramai orang kan??? Biasalah kampus ni pon baru di buka Ogos 2011. So, tak ramai lagi ler student kat sini.... Di mana? Haha... Kalo aku kata INSPEN korang kenal? INSPEN ape tuh????? o.O
Institut Penilaian Negara di Bangi bersempadan dengan Presint 14 Putrajaya. Hanya menumpukan 3 kos sahaja iaitu, Penilaian Harta, Pengurusan Harta, dan CEA..

Ha yang ni aku perkenalkan kat korang, ini geng yang pertama tubuh batch 2011/2013. Nama group ni pon pelik.. 'Ketepak Rangers' pelik kan o.O??? Papehal pon sabo jee larhh... Yang menyangkung tu namo glemor eh ZAZ... tah apo yang nak di zaz kan eh doh, den pon tak tau. Yang tengah duduk dari kiri namanya Maizurah, Farid Milan, Mustaqim, Ainin Sofea (Ninin) dan Nur Amalina (Alinkundang). Ada lagi seorang lagi Hazim (Ajim) namanya. Al maklum lah baru sampai sesat agak nye >_<

Ter shot pula gambar macam nih... untung laki tuh bergambar ngan dua bunga... Bila di imbas kembali, boleh jadi cover Telenovela pulak. Tajuknya kasih mu, kasih nya jua. Lakonan Peah Bedah, Alin Kundang dan Hero nya, (hero ke?) ZAZ. Nantikan lah telenovela ini yang masih dalam pembikinan yang berkisahkan cinta perang tiga penjuru. 

Hahah.... korang nak tahu siapa paling hot kat kampus ni... haha mestilah bukan aku... :(
Hah... dia ni larhh yang paling hot.. Pelakon terkenal Bollowwood yang berasal dari Tukianasghaztan. Boleh di katakan pembawakan diri dia di terima ramai... Apa agenda lah mereka semua ini hurmmm... Namun sayang masih singgle.. Apa? nak no talifon dia? Nanti saya bagi :D 

 Dia sorang sahaja lelaki Berbangsa Cina... Hahah boleh la kena buli... Tapi x juga... Dia yang buli segala ternakan-ternakan liar di bilik nya itu... Nama dia Lai Han Wei... Sebab member panggil wei je... 'lu apasal wei???'

Ha... itu kat tempat belajar... Tempat lain, lain kali lerh saya sketsakan... Tontonlah vidio ini yang agak menarik... Tekanan agak nya budak tu... Nantikan sambungan nya yang akan datang





Tuesday 25 September 2012

Warkah Buat Sang Pencinta



Ucap bismillah pembuka bicara,

Assalamualaikum ku hulur menyapa,

Buat kekasih yang jauh dimata,

Ku utus surat buatmu sang pencinta...


Kehadapan adinda yang ku kasihi,

Mengapa engkau berduka lara,

Jangan engkau menjauh diri,

Hatiku kan hancur tidak terkata...


Jika ada salah silap ku ini,

Jangan disimpan di dalam hati,

Bukankah kita saling memahami,

Membina cinta kekal abadi...


Kasih indah bersulam cinta,

Buat hiasan puteri jelita,

Manis rupawan tidak terkata,

Sukar dimiliki sekalian putera...


Mari kasih mari bersua,

Mengubat rindu jiwa yang lara,

Jangan engkau menjauh duka,

Membuat hati ku bertambah gulana...


Aku di sini setia menanti,

Kepulangan dirimu amat ku hargai,

Wahai kasih usah kau pergi,

Akan bertambah luka di hati...


Wahai bintang  peneman rembulan,

Rembulan terang menerangi malam,

Jangan dikau bersedih keseorangan,

Malam yang cerah kan bertukar suram...


Sebatang sungai mengalir deras,

Menuju ke tasik airnya biru,

Terus ke laut yang amat luas,

Simfoni fitrah jalan berliku...


Wahai kasih ku dendangkan sayang,

Buat yang teristimewa hanya dikau seorang,

Kisah yang lalu jangan dikenang,

Persiapkan diri hari mendatang...


Kembang mawar harum setaman,

Memanggil kumbang untuk beradu,

Manis madunya tidak tertahan,

Mengubat cinta dikala rindu...


Kain batik kain pelikat,

Dipakai dengan pakaian melayu,

Biarpun jauh mahupun dekat,

Cinta ku mekar tidakkan layu...        


Telah terbina sebuah mahligai,

Menjadi tanda cinta sejati,

Dikau permaisuri di hati ku ini,

Penyejuk di mata penenang di hati...


Telah ku bina sebuah istana,

Menjadi tanda agungnya cinta,

Indah suasana menghapus lara,

Megah menghiasi taman kasih kita...


Puisi ini kutulis buat dirimu,

Peneman duka peneman rindu,

Wahai kasih yang setia menunggu,

Kan tibanya waktu kita bertemu...

Monday 24 September 2012

Tentang Beliau


Lebih kurang jam 9 pagi... satu teriakan tangisan yang kedengaran kuat bukti kasih dan cinta sepasang suami isteri lahir dengan sihat. Jumaat 23 Rejab 1411 Hijrah, masih aku ingat bayi seorang lelaki sihat baru lahir di Hospital Kajang. Di besarkan di Kajang mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Kemas Seri Sekamat. Meneruskan pembelajaran pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat serta pendidikan agama Sekolah Agama Rendah Sungai Sekamat. Kemudian berpindah ke Taman Bukit Kenangan tetika beliau berusia 12 tahun.

Beliau anak ke tiga dari lima orang adik beradik yang memiliki seorang abang, seorang kakak dan dua orang adik lelaki bagaimanapun, abang dan dua orang adiknya terlebih dahulu pergi sejak kecil. Kini mereka dua beradik hidup terasing dimana kakak nya bekerja jauh dari rumah ke dua orang tuanya.

Februari merupakan bulan teristimewa buat dirinya. Buat pertama kalinya belau jatuh cinta dan memiliki pasangan cinta. Cinta Monyet dikatakan berlaku pada usia remaja. Mereka lalui setiap hari dengan indah. Sehingga satu hari mereka terpisah kerana beliau berpindah ke Port Dickson meninggalkan kekasih pertamanya di Kajang. Hidup di ranjau orang jauh dari ibu bapa dan kekasih hati adalah pilihannya tekad untuk berubah. Namun hari tidak selalunya cerah hingga ke petang. Pabila hujan membadai di tengah hari. Laut bergelora menghanyut kan dua jiwa terpisah lebih jauh tanpa dapat diselamatkan kembali ke bahtera cinta. Hidup dirinya kembali sunyi tanpa peneman di hati.

Air mata seorang lelaki tidak dapat ditahannya lagi. Puas memikirkan apa salah silap dirinya pada kekasih nya itu. Ketika beliau bercinta dengan kekasihnya, tidak pernah sekali dapat keluar bersama seperti pasangan lain berjalan-jalan di pekan. Namun apa yang lebih memeritkan hatinya, sejak kekasihnya memiliki pengganti sebelum memutuskan hubungan, beliau terserempak dengan kekasihnya itu berdua-duaan di pekan. Terasa di hati, di permainkan sebegitu rupa.

Dari hari ke hari, minggu keminggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun beliau masih menanti kekasihnya  kembali tanpa jemu, tanpa lesu walaupun enam puluh enam purnama menanti, masih tidak menerima pengganti cinta di hati. Terdetik pada hatinya. Sampai bila harus begini? Terasa merendah diri bahawa tiada yang sudi akan dirinya. Pada hakikatnya, beliau takut untuk bercinta dan di lukai sekali lagi.

Sunday 23 September 2012

Kisah Cinta

Kadang kala kita terfikir ke mana perginya cinta dalam diri kita... adakah telah terpaut kepada seseorang... adakah ia telah lama mati... atau bersembunyi di sebalik tirai kekasih... telah lama kita mencari, hampir putus asa tiada siapa peduli... di mata kita, dia amat istimewa buat kita, indah dan tenang bila di renung... di hati kita, dia amat kita cintai, sayang dan kita takut akan kehilangan dia... adakah ini perasaan cinta, yang sering hadir di benak jiwa kita... namun pada masa yang sama kita terpaksa berjauhan dari dia... memutuskan perhubungan bukanlah satu perkara yang betul... kadang kala bukan juga satu tindakan yang salah... kita sering keliru, jalan yang patut kita ambil untuk meneruskannya... dan kita sering ragu-ragu dan takut untuk mengambil tindakan itu... namun kita sering alpa bahawa ada yang masih menanti kita... menyayangi diri kita, namun siapa? itu persoalannya... ada kala hati berbicara perasaan dusta... kita terfikir adakah ini dugaan atau kenyataan... setiap langkah yang di buka... melahirkan seribu kekesalan... apa hidup ini bermakna... jika setiap nafas yang di hembus dalam penuh penyesalan... ingatlah bahawa kita mampu memiliki kekasih untuk di miliki... namun belum tentu cinta dan sayang itu kita mampu miliki secara abadi..

Saturday 22 September 2012

Cinta

Cinta... merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, dan menetukan pola utama hubungan antara seseorang dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk Bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal)berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
 
Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.