Nuffnang

Wednesday 31 October 2012

Perpisahan

Apa erti kasih, jika hati masih berbelah bahagi...
Apa erti sayang jika masih ditinggalkan...
Apa erti setia jika masih ada yang lain...

Kejam?
Apakah ini perasaannya...
Hati sering tertanya kemana perginya keadilan...
Hati sering berkata dimanakah cinta abadi...
Jiwa sentiasa rindu, merindui kehadiran kekasih mengubat duka...

Dimanakah ganti setelah engkau pergi...
Kosong terasa di jiwa...
Hampa berkelana...
Membawa hati luka jauh ke sudut dunia...

Sunyi tiada penghibur...
Gelap tanpa cahaya kala malam...
Bintang dan bulan pergi jua...
Berarak mendung malam...
Hujan mendinginkan diri membeku keseorangan...

Jika ini takdirnya perpisahan...
Perit yang ku alami...
Biarlah ku ubati sendiri...
Biarkan ku yang mengemis cinta...

Tuesday 30 October 2012

Sengketa


Kita sebagai manusia yang diciptakan dari setitis air, dan asal usul kita dari tanah. Diciptakan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi. Manusia adalah satu ciptaan yang sempurna, namun tindak tanduk kita tidak sempurna seperti Rasulullah.

Apabila kita dihina, apabila kita dimarah, apabila kita dibenci, kita sering menyatakan bahawa diri kita bukanlah sempurna untuk sesuatu perkara tersebut. Terus kita bersangka buruk dan mencipta satu jurang pertengkaran.

Kita perlu kuat dan tabah. Jika hinaan, kebencian, dan amarah itu dilontarkan kepada kita, kita berterima kasih kepada mereka yang memberi hinaan, kebencian dan amarah tersebut. Kerana ia merupakan kata-kata semangat yang mampu membawa kita  maju kehadapan.

MANUSIA jika ditafsirkan di dalam bahasa Arab bermaksud PELUPA. Sebab itu Allah telah berfirman di dalam al-Quran, Rasullullah pernah bersabda di dalam Hadith, pesan-memesan dan ingat-mengingati adalah dituntut oleh kita semua di dalam kehidupan seharian kita kerana kita manusia = pelupa.

Monday 29 October 2012

Pengorbanan Ibu



“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui…”

KERANA DIA SEORANG IBU

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

Sunday 28 October 2012

Persoalan Itu


Apabila kehilangan seseuatu atau seseorang baru kita menghargainya?Mengapa sikap manusia begitu?Rindu hadir apabila dia pergi, tapi mengapa pula benci menyusur kembali bersama dia?Apakah ini lumrah kehidupan?Kenapa manusia sentiasa alpa dan leka?Adakah masih ada kepercayaan di dalam diri?Mengapa perlu sengketa hadir?Bukankah itu sesuatu yang buruk?Masih adakah sinar pengharapan?Masihkah ada jawapan disetiap persoalan itu?

Saturday 27 October 2012

Ibadah Qurban


SEJARAH ASAL USUL KORBAN

1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)

2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S

3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S

4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S

5. Korban Zaman Nabi Musa A.S

6. Korban Bangsa Yunani dan Rom

7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;

Maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;

“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi

ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.

iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.

iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.

v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati  haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;

“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau  boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.  Sabda Rasulullah SAW;

Daripada Jabir , beliau berkata :

“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya;

Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;

1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.

2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.

WAKTU MELAKUKAN QURBAN

Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)

PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN

1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.

2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.

4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:

Maksudnya;

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;

Maksudnya;

“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing.Sabda Nabi SAW;

Maksudnya;

Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim)

Ketika melakukan korban Rasululah membaca;

Maksudnya;

“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.

2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.

3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.

4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan

i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)

Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.

Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.

1.
1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk kaum kerabat, teman-teman, jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongan kaya, manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin.  Kenyataan ini berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.” (Surah Al-Haj : Ayat 28)

FirmanNya lagi;

Maksudnya;

Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)

Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).

Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.

BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”

(Surah al-Haj : ayat 37)

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

Disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H

Friday 26 October 2012

Betul ke Badi?

Betul ke orang kata jika kita tak sakit jangan guna apa yang pesakit guna nanti kena badi... 
Hurmmm.... nak percaya sangat pon tak boleh, tapi dah kena baru percaya :)
Waktu kawan saya patah kaki sebab berlatih di atas kot bola jaring, saya main tongkat dia... 
Akhirnya semalam saya pula yang kena di atas kot takraw... 
Nak sangat main tongkat kan dah pakai betul-betul...
Bahagian kaki juga sama patah nya di bahagian kaki kiri... 
100% sama, adakah ini badi? o.O



Thursday 25 October 2012

Berani Untuk Berubah


Apa bila diri kita berada di dalam satu situasi yang enyukarkan diri... Jangan takut untuk berubah walaupun pada mulanya gagal... Kerana perubahan membawa kita lebih maju namun yang penting percaya pada diri bahawa kita mampu lakukan... Keberanian perlu ada dalam diri setiap manusia... Jika kita takut gagal, takut melakukan kesilapan... Kita tidak akan maju kehadapan dan akan kekal di takuk lama...

Wednesday 24 October 2012

Perhatikanlah Keindahan Alam

Salah satu jalan menuju kedamaian dan kebebasan berfikir adalah melihat bukti-bukti kekuasaan Allah pada penciptaan langit dan bumi. Kita akan berasa senang dengan permandangan indah yang bertaburan memenuhi hasil ciptaan yang maha pencipta. Pada saat itu kita akan mendapat kenikmatan dan kedinginan yang akan menambah keimanan, kepasrahan dan ketundukan kita kepada Allah.
.... maka ambillah pelajaran (dari kejadian itu) wahai orang yang mempunyai pandangan. (Al-HASYR:2)



Tuesday 23 October 2012

Salah siapa?


Mengapa kita sering menyalahkan sesuatu yang berlaku itu kepada orang lain? Kenapa takdir dipersalahkan oleh diri kita jika musibah menimpa? Mengapa tidak pula kita berfikir sejenak bahawa masalah itu hadir dari diri kita sendiri... Musibah yang melanda atas kesilapan diri kita yang melakukannya... Namun jawapan yang sering engkau berikan, 'semua ini telah tertulis dan kita hanya melakun kan watak yang telah diberi...'

Tidak kah dapat kita bayangkan sesuatu jalan itu dapat kita memilih... Tidak dapatkah kita lihat apa yang bakal ditempuhi masa akan datang... Tidak dapatkah kita rasai risiko yang bakal kita harungi... Itu adalah permulaan yang kita harus pilih... 

Jadi mengapa kita menyalahkan takdir? Mengapa kita menunding jari kepada orang lain? Kita memilih jalan tersebut, kita tidak berani memikul risiko tersebut lantas... kita menyalahkan takdir dan orang di sekeliling kita agar dapat kita lepas tangan.

Mengapa tidak kita bertanggung jawab diatas sebab-sebab yang berlaku? Malu menebal di muka... Kedudukan yang dipuja takut hilang... Adakah ia memberi kebahagiaan kita ke akhirat kelak?

Monday 22 October 2012

Jangan Bersedih: Jika Niat Anda Terhalang

Ujian itu ibarat penyakit, ia memerlukan masa untuk sembuh. Barang siapa yang terburu-buru untuk membuangnya, maka tubuhnya akan semakin lemah dan semakin parah. Demi kian pula dengan musibah dan ujian, ia memerlukan masa untuk hilang bersama bekas-bekasnya. Oleh itu kewajipan bagi seseorang itu adalah bersabar menunggunya jalan keluar dan sentiasa berdoa.

Ujian yang selalu mendatangi diri kita sama ada susah mahupun senang, nyata mahupun tidak nyata itu perlu ditempuhi oleh kita. Kita perlu bijak mencari jalan keluar dan bersabar untuk menemuinya. Namun jika kita pilih untuk lari dari ujian tersebut, maka seumpama kita memilih untuk membunuh diri kita sendiri. 

Ujian atau permasalahan yang kita lalui perlu diselesaikan dan bukannya lari dari masalah tersebut. Kerana masalah yang belum selesai sentiasa menghantui kita kembali. Walaupun jauh kita berlari, akan ada suatu hari nanti kita akan kembali kepada ujian tersebut.

Oleh sebab itu kita perlu bijak menyelesaikan, menangani, dan menempuhi ujian dan masalah itu dengan kesabaran walaupun ia memakan masa yang panjang, walaupun ia menghalang niat kita. Kita tidak perlu tewas jika niat kita itu tulus dan suci. Kerana, Allah tidak akan menjadikan sesuatu masalah itu jika tiada jalan penyelesaiannya kecuali MATI, namun MATI itu adalah suatu ujian yang diberi oleh Allah untuk ditempuhi setiap kehidupan. Ujian itu dijadikan sebagai jalan untuk kita mencapai hajat niat kita kerana kita akan melalui suatu proses pematangan diri.



Sunday 21 October 2012

Jangan Bersedih: Hinaan Tidak Selamanya Bererti Buruk




Anda tidak perlu bersedih, kesabaran anda terhadap kritikan dan hasad dengki mereka itu, pada dasarnya petanda bahawa anda memiliki harga dan darjat.

Anda tidak mampu menutup mulut manusia untuk melakukan pencelahan terhadap penghormatan anda. Akan tetapi anda mampu melakukan kebaikan dan menghindari perkataan dan kritikan mereka.

Saturday 20 October 2012

Jangan Bersedih: Jadilah Diri Anda Sendiri



Setiap manusia mempunyai kelebihan dan memiliki bakat masing-masing.
Menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah membunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah pembunuhan yang terancang.
Oleh itu terimalah dengan penuh kerelaan pada setiap anugerah dan pemberian dari Tuhan yang ada pada diri kita.

Friday 19 October 2012

Jangan Bersedih: Pilihan Tuhan Adalah Pilihan Terbaik




Bangunlah jika Dia menyuruh anda berdiri dan duduklah jika Dia menghendaki anda duduk! Bersabarlah apabila Tuhan menjadikan anda fakir, dan bersyukurlah apabila Tuhan memberi kita kekayaan. Itulah yang harus anda lakukan

Thursday 18 October 2012

Jangan Bersedih: Jika Berhadapan Dengan Berbagai Kesulitan



Sesungguhnya setiap kesulitan yang anda hadapi, akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa takbur. Kesulitan-kesulitan itu akan mengelakkan rasa kelalaian, lalai menghiasi diri untuk selalu berbuat baik kepada setiap makhluk, berusaha untuk menjaga hati dengan bersabar, sebuah persiapan untuk menghadap tuhan dan melepaskan godaan untuk menggantungkan hidup pada dunia dan merasa aman dan tenang dengannya. Kerana kelembutan yang tersebunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.

Wednesday 17 October 2012

Tentang Pencinta


Adakala seseorang tiada seseorang untuk mencintai...
Bagi orang sebegini sampai satu ketika mereka hilang arah dan semangat untuk terus hidup. Berputus asa merupakan satu tindakan yang perlu di ambil ketika waktu itu tiba. Namun meeka alpa bahawa jodoh telah ditentukan cuma kita perlu bersabar menanti. Sesungguhnya hanya Allah mengetaui apa yang kita tidak ketahui.

Ada segelintir pula, sentiasa putus cinta...
Ada orang menyatakan bahawa mereka ini tidak menghargai cinta yang hadir dalam diri mereka. Orang sebegini terbahagi kepada dua, golongan yang sering mempermainkan perasaan, dan golongan yang masih tidak bijak menyelesaikan masalah yang timbul.

Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia menjalani kehidupan sebagai proses pematangan. Musuh seseorang ketika itu adalah dirinya sendiri. Hanya diri kita yang mampu menewaskan diri kita sendiri dan juga sebaliknya.

Tuesday 16 October 2012

Jangan Bersedih: Masih Ada Yang Menyayangi Anda




Di saat seseorang meninggalkan kita, di saat kita meninggalkan seseorang, ingat lah bahawa dia pernah hadir dalam hidup kita dan membahagiakan kita. Disaat mereka pergi, masih ada yang menemani kita. Setiap saat dan waktu, Tuhan sentiasa ada di sisi kita, jadi kenapa perlu kita bersedih? Senyumlah :D

Monday 15 October 2012

JANGAN BERSEDIH: NIKMATI SAJA HIDUP INI



Sahabat Hikmah..
Nikmati saja hidupmu…

Usahlah engkau bersedih dan mengeluh,
engkau di dunia ini tak akan selamanya,
esokpun engkau akan berpulang,
kembali padaNya...

Usah engkau risaukan duniamu,
akhirat yang abadi lebih mulia,
bersiaplah engkau untuknya,

Tak perlu banyak bicara,
lakukan saja yang engkau bisa,
ada Dia yang selalu melihatmu,
ada Dia yang selalu mendengar doa-doamu,
ada Dia yang setia menemanimu,

Yakinlah, engkau tak pernah sendiri lagi,
engkau bahagia bersamaNya, bukan?

Rasakanlah kehadiranNya yang setiap saat dekat denganmu,
bahkan ia lebih dekat dari urat nadimu sekalipun,

Lalu...Apalagi alasanmu untuk bersedih?
Apa lagi alasanmu untuk dapat menumpahkan keluhmu?
Apa lagi alasanmu untuk pamerkan kecengenganmu?
Apa lagi alasanmu untuk tidak berbuat,
saat kesempatan berbuat begitu luas terbuka?
ia ada untuk engkau isi,
kesempatan itu untuk engkau taklukkan,

So, jangan pernah ragu lagi,
engkau sudah sangat kuat bersamaNya,
engkau sangat luar biasa dalam bimbinganNya,
engkau mampu taklukkan egomu,
engkau mampu runtuhkan kelumu,
engkau mampu robohkan karang kesombonganmu itu,
engkau mampu berlemah lembut,
engkau bisa berkasih sayang,
engkau akan selalu memiliki jiwa yang lapang,
untuk kembali menerbitkan senyumanmu,
senyuman terindah yang engkau miliki,

Yakinlah bahwa engkau mampu,
maka engkau benar-benar mampu, wahai sahabatku…

Semangat berjuang!
gigih berdoa,
jangan pernah engkau lupa, ada Dia bersamamu,

Semoga engkau selalu ingat,
ada yang mengharapkan kebaikan-kebaikanmu,

Kenanglah saat-saat engkau menderita,
maka engkau akan mampu berbagi di saat bahagiamu

sumbangkanlah walau sepotong senyumanmu,
sampaikanlah walau sebait nasehatmu,
bagilah walau satu kata motivasimu hari ini,
maka engkau akan bahagia…

Sunday 14 October 2012

Jangan Bersedih Kala Bersendirian


Tika malam aku sendiri.... ditemani cahaya bulan tinggi di awan... sepi hati tiada peneman... luluh kasih jiwa terurai... madah ini ku kirim lalu... di bawa bayu mengirim rindu... wahai kasih usah merajuk... doa ku kirim buat petunjuk... adakala bicara hati benar... seringkali membawa kita melayang mencari hati lara... namun jiwa tersiksa tatkala minda lumpuh dek tumpul si akal... kasih tersiksa kala malam kelam tiada bulan... bila pungguk jua pergi jauh ke dalam hutan... apakan ingin dirindui lagi sang kasih di hadapan jendela... dikala nafsu bergolak... jiwa meronta ingin bebas dari cengkaman raga... namun, hanya keimanan yangg kental bisa lalui segala kemungkinan... 
Sedih tidak bererti tekita mereka bersendirian mahupun berseorangan... sedih juga tidak kenal erti umur serta jantina... sedih tidak semestinya membawa seseorang itu kehancuran... sedih juga memiliki kekuatan dalam diri untuk seseorang itu berjaya... Apabila kita memilih untuk berseorangan... ia sebenarnya memeritkan... jiwa terasa kosong... sunyi... dan pedih untuk merasai kehidupan...  Namun apabila kita bersendirian adalah sesuatu masa yg amat berharga untuk menilai diri kita... pelbagai yang dapat kita simpulkan apabila kita berseorangan... Namun itu tidak tercapai tanpa orang di sekeliling kita... dalam erti kata lain... kita perlu ada masa bersendirian dan bersama teman... kerana mereka adalah sebaik-baik pendamping kita.  Jadi jangan lah bersedih apabila anda bersendirian.

Saturday 13 October 2012

JANGAN BERSEDIH: DUNIA INI TERLALU KECIL UNTUK DI TANGISI


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh darinNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.

Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi

Friday 12 October 2012

Sedih lah pada diri jika...


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

PESANAN :

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.

Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebabu ntuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar.

Thursday 11 October 2012

7 Keajaiban selepas menangis


7 keajaiban selepas anda menangis. Ramai orang tahu selepas menangis memang akan rasa lega. Yelah, menangis itukan salah satu cara meluahkan perasaan yang terpendam. Menangis pun ada beberapa kategori yang tersendiri, antaranya; menangis kerana sedih, menangis kerana gembira, menangis kerana lakonan, dan sebagainya. Pokoknya, menangis keluar air mata. Aiwah!

Namun tahukan anda terdapat 7 keajaiban selepas anda menangis. Apa yang ingin Admin kongsikan adalah berdasarkan kajian pakar. Di bawah Admin senaraikan yang boleh anda perolehi setelah menangis dan berair mata.


1. Membantu Penglihatan.
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yng boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria.
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan Mood.
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun.
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun daripada dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stress.
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun Komuniti.
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan Perasaan.
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, oleh sebab itu menangis dapat membuatkan seseorang berasa lebih baik, selesa dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran Anda semasa menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya!

Pesan Admin: Tak salah nak menangis, tapi kenalah pada tempatnya, ini tetiba menangis takde sebab nanti orang pandang semacam pula. Satu lagi, tak perlu menggunakan tangisan air mata untuk mendapat simpati orang lain. Menangis atau tangisi atas kesalahan dan dosa di atas tikar sejadah antara kita dan Allah itu lebih baik. Wallahua’lam.

Wednesday 10 October 2012

Jangan Bersedih

Ya Allah, kembalikan KECERIAAN buat mereka yang kedukaan..
Ya Allah, gantikan TANGISAN mereka dengan senyuman..
Ya Allah, jika ini UJIAN maka berikan mereka kekuatan..

Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini
Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini
Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan

Tapi...

Tangisan semalam adalah semangat
Tangisan semalam adalah kekuatan
Tangisan semalam adalah kebangkitan.

♥ Mereka hanya melihat bintang, tp kita berusaha memetik bintang ♥

>>>Kita melihat bintang yang sama.. dapatkah dirimu merasainya.. ^_^ ..

Tuesday 9 October 2012

Keajaiban Kuasa Allah: Adakah tubuhnya sihat dengan datangnya penyakit baru?



Seorang ahli otobiografi menceritakan bahawa pernah ada seseorang menderita kelumpuhan yang membuatkan dirinya terpasung di dalam rumahnya. Sakitnya itu telah berlangsung saban tahun sehingga beliau berputus asa. Para doktor telah memberitahunya yang mereka tidak mampu lagi mengubati akan dirinya.

Pada suatu hari ada seekor kala jengking jatuh dari bumbung ke kepalanya dan tidak dapat mengusirnya kerana beliau tidak dapat bergerak. Kala jengking itu menyengat beberapa kali. Setelah itu secara mengejut badannya dapat digerakkan mulai dari tapak kaki hingga ke anggota atas kepala. Darah mula mengalir kesemua organ, kesembuhan menjalar keseluruh jasad. Beliau sihat kembali, berjalan-jalan di dalam bilik tidurnya dan membuka pintu menghampiri keluarganya. Pada saat itu keluarganya berdiri dengan tidak percayanya melihat dirinya sembuh setelah apa yang terjadi.

Maha suci Allah telah memberi kesembuhan pada beliau melalui cara begini. Lantas beliau menceritakan kepada doktor apa yang telah berlaku. Doktor mempercayai bahawa pada kala jengking terdapat serum antibiotik yang mengandungi racun, jika toksidnya dikeluarkan secara kimia, maka ia boleh menjad ubat kepada penderita lumpuh. 

Maha Mulia  Zat Yang Maha Baik, yang tidak menurunkan suatu penyakit pun kecuali Dia juga menurunkan penawar.

Monday 8 October 2012

Persoalan?

PMR telah tiba...
SPM dan STPM menyusul pula...
Harap semua telah bersedia...
Saya doakan semua berjaya...

Apabila kita merancang sesuatu tetapi tidak menjadi, fikirkan semula kenapa, mengapa, bagaimana, dan banyak lagi persoalan yang harus kita timbulkan. Namun satu jawapan yang mudah kita beri, 'Ini ketentuan TUHAN.' Ya betul dengan izin dari Nya maka jadi lah ia jika ia mahu di jadikan (kun faya kun).

Berbeza pula dengan nasib. Ada beberapa perkara kita boleh ubah ada yang tidak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, ' Aku (yakni Allah) tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri dengan izin ku. ' Tetapi adakah kita ketahui apakah jenis nasib yang mampu kita ubah? Soal jodoh, kematian sememangnya tidak dapat diubah, bagaimana pula dengan rezeki? Siapa yang berkerja dia yang mendapat untung berbanding mereka yang tidak berkerja.

Bagaimana pula dengan soalannya cinta? Adakah ia juga boleh mengubah nasib seseorang?

Sunday 7 October 2012

Memori Tercipta

Mentari terbenam kembali...
ia membawa masa yang kita kongsi bersama...
namun memori yang kita kongsi...
akan kekal abadi di syurga...
seindah lukisan menggambarkan kehidupan kita...
seindah mentari terbenam...
seanggun mempersona perhubungan itu...
biarkan kenangan itu membeku...
beku dengan hadirnya bayu malam...
agar menjadi perhiasan di taman kasih...
biarkan nyawa memisah kita...
akan tetapi cinta...
kita bawa bersama...

Dikala bulan mengambang...
hadir bayu malam menyapa tubuh...
lalu tersentak turunya salju...
menerpa riba satu persatu...
lantas digenggam tidak terlepas...
menjadi pusara tugu ingatan...
kasih nan sucu kekal abadi...
tak ubah seperti sebuah lakaran...
mempersona mewarnai hari...
hari yang penuh penceritaan terindah...
engakau melodi yang agung...
menghiburkan lara tiap ketika...
menusuk segenap kalbu...
mengusik segenap jiwa...

Biarpun kita terpisah...
biarkan kita berjauhan...
kita masih berpijak di bumi yang sama...
kita masih bernafas dengan angin yang sama...
jadikan angin itu pengutus jiwa...
bisikkan rindu padanya...
agar dapat di sampaikan di mana jua kita berada...



Saturday 6 October 2012

Bila hati Berbicara

Pabila hati berbicara...
tubuh tidak dapat menyangkalkan...
minda beralun lembut membuai nada syahdu...
hati bertanya ada ruang untuk dipenuhi?
jiwa membalas ada...
tatkala langit berlalu pergi...
mentari menyusul tinggi...
hangat bahang cinta itu terasa ada...

Namun hari silih berganti...
tiada apa ditemui selain rindu hadir menyapa...
rebah tubuh longlai segala raga bah kebumi...
tiada siapa menyahut...
terkulai disitu membisu...
angin kembali bersama mendungan awan...
hujan menitis sedih...

Kini perlu berdiri kembali...
mengatur semula langkah dan terus berlari...
mendaki hingga kepuncak...
jaya pasti kan di temu...

Friday 5 October 2012

Kekasih VS Adik Angkat

Menjadi trend pada masa sekarang setiap remaja memiliki sekurang-kurangnya seorang adik, abang, atau kakak angkat. Tetapi apa bezanya bagi golongan lelaki yang mempunyai adik angkat perempuan dan kekasih, atau kekasih? o.O agak mengelirukan motif disebalik perhubungan tersebut.

Seperti kebiasaannya golongan remaja sentiasa terikut-ikut perubahan dan peredaran zaman yang mempengaruhi persekitaran mereka. Bagi seorang lelaki yang mempunyai kekasih dan adik angkat perempuan, seolah-olah membahagi kasih kepada dua orang perempuan yang hanya dibezakan status perempuan itu sahaja. Jika pergaduhan antara kekasih dengan adik angkat perempuan, mungkin menjadi kebiasaan bagi kita kerana perempuan tidak sanggup berkongsi kasih. Tetapi agak ganjal juga jika mereka berbaik-baik. 

Namun tiada kisah-lah kiranya adik angkat itu akan menggantikan tempat kekasih abang angkatnya itu. Dalam erti kata lain statusnya telah beralih badan. Kebiasaan yang kita lihat perempuan seringkali ada seorang adik angkat sama ada seorang lelaki ataupun sesama jantina. Namun, apa pula pandangan korang jika lelaki mempunyai adik angkat seorang lelaki? Ada yang beranggapan pelik seolah-olah mereka itu homoseksual. Namun tidak semestinya itu benar ataupun salah. Asalkan nawaitu yang betul, bijak dalam segala urusan perkongsiaan hidup sesama manusia amat penting bagi mengimbangi ketidak stabilan kehidupan di dunia ini.



Thursday 4 October 2012

Cinta VS Sahabat

Orang kata antara cinta dan persahabatan, persahabatan itu lebih penting... 
Betul ke???
Pada pendapat aku pula, jika tiada perasaan cinta, bagaimana seseorang itu mahu hidup?
Jika bukan cinta, bagaimana persahabatan akan terus kekal?
Hurmmm banyak persoalan sebenarnya yang bermain di dalam fikiran nih...

Persahabatan dan Cinta dua perkara yang berbeza namun mana satu yang lebih penting?
Bersahabat biar seribu bercinta biar satu. Jadi seperti persahabatan lebih penting didalam kehidupan berbanding cinta. Kerana sahabat sentiasa bersama kita berbanding cinta kita. Kepada seseorang yang kita cintai, kita perlu mengambil berat tentang dirinya sepanjang masa, namun sahabat tidak mengapa kiranya kita terlupa akan dirinya seketika waktu. 

Cinta merupakan sesuatu perasaan yang ada dalam diri setiap manusia yang amat berat berbanding persahabatan. Segala kelakuan, perbualan perlu di susun rapi berbanding dengan sahabat kita selamber saja mau cakap apa dan buat apa. Mereka tidak kisah berbanding cinta yang akan terluka jika ada sesuatu yang menyinggung hatinya.

Bagaimana kita hendak mengimbangi antara persahabatan dan percintaan? Ia nya agak sukar jika kita tidak menempuhinya sendiri. Kerana setiap manusia memiliki personaliti yang berbeza.

Dalam erti kata lain, setiap situasi yang berbeza akan memenangkan salah satu antara cinta dan sahabat. Jadi, kita perlu bijak memilih jawapan yang tepat pada situasi tersebut.

Wednesday 3 October 2012

Mobile Phone Should Bring to School


Most adults have a cell phone and even children as young as 8 years of age own one. Cell phones can be used for a lot more than talking. Cell phones can be used in the classroom to help students with their academics. Young adults can use the calendars to record due dates for homework and tests. As Malaysians we have grown accustomed on relying on our cells for our communication needs. Also, students need cell phones in case of an emergency. Remember the massacre that happened at Columbine School? For these reasons, I think cell phones should be allowed in schools.
First of all, cell phones can be very helpful in the classrooms. Students could use their camera on cell phones to take pictures of school experiments being done by the teacher. This would help students remember information for an upcoming test. Also, students could perform phone interviews during class time. Most cell phones have calendars on them, so students can put the due date of a test that is coming up. In addition, students could record their teacher giving a lecture.
Also, parents and students rely on their cell phones to get in contact with each other. Parents may need to get in contact with their children because of a family emergency such as, a death in the family or an accident that has happened. If parents are able to call or text their children at school, then it would be less likely chance that a mix-up would occur relaying messages. Also, it would save the office staff time because they would not have to be running around the school all day delivering messages.
In addition, if there was an emergency, students may need to reach their parents. If a gunman came into a school then students could call 999 and give them information on his whereabouts, what he looks like, and a description of his clothes. For these reasons, cell phones can become lifesavers in an emergency. If a student happened to pass out in a classroom, it would be faster to call on a cell phone versus taking 5 minutes to run down to the office and make the call. Ultimately, this could save a student's life.
If the cell phone is not allowed to be brought to school, it is pretty hard to get in touch with their family members if something bad happened to them. Cell phones becoming more sophisticated, and it will be useless if they are unable to use all cell phone facilities for learning in the classroom. All the facilities available in the cell phones, can be used by students wherever they are, whatever situation they went through and what kind of learning is in progress, they can use the facility as possible.
In essence, cell phones are imperative in our lives. In an emergency cell phones could save a person's life by being able to get in contact with the police. Cell phone can also help parents know where their children are after school. Today, cell phones are more like a small hand-held computer. That could become very useful in schools that don't have a lot of extra computers for the children to use.