Nuffnang

Thursday 31 January 2013

Mengapa Wanita Ini Memasak Batu Untuk Anaknya?



  Sebagai seorang pemimpin, sikap sentiasa turun padang melihat kehidupan rakyat merupakan antara satu tanggungjawab yang perlu dilakukan. Ia juga turut dilakukan oleh para khalifah terdahulu antaranya seperti Khalifah Umar. Pada suatu ketika, ketika khalifah Umar sedang membuat rondaan, dia terkejut apabila seorang wanita didapati sedang memasak batu dalam sebuah periuk. Umar mendekatinya dan bertanyakan tentang perihal apa yang dilakukannya.

Cerita seorang ibu yang terpaksa merebus batu di dalam periuknya agar anak-anaknya memikirkan yang ibu mereka sedang memasak sesuatu makanan untuk mereka dan hanya perlu sabar dan tunggu masakan itu siap. Seperti ceritanya, Saidina Umar ra adalah seorang Khalifah yang terunggul seperti juga sahabat-sahabatnya yang lain seperti Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra, Saidina Uthman Affan ra dan Saidina Ali kja.

Saidina Umar ra sedang membuat rondaan malamnya di sekililing kota dan agak hairannya mengapa si ibu ini sedang merebus batu dalam periuknya? Adakah batu itu boleh dimakan?Apabila bertanya pada si ibu itu maka barulah Saidina Umar ra ketahui yang ibu itu hidup dalam kemiskinan dan tiada duit untuk membeli makanan untuk anak-anaknya yang ramai dan memerlukan itu! Maka, Saidina Umar ra amat sedih dan dukacita kerana dia sebagai Khalifah tidak prihatin akan nasib rakyatnya yang hidup miskin walhal ramai rakyat di negara itu ada yang hidup mewah dan makanan sentiasa ada untuk dimakan dan diminum.

Dengan spontan Saidina Umar ra terus ke Baitulmal dan mohon diberi makanan seperti gandum untuk si ibu ini dengan segera. Saidina Umar ra sendiri ingin memikul guni gandum itu dan tidak membenarkan pegawainya untuk berbuat demikian kerana itu adalah tanggung jawabnya sendiri yang beliau rasa perlu penglibatan dan komitmennya. Sampai ke rumah ibu itu, Saidina Umar ra pun bantu memasak dan menyediakan makanan dari gandum itu mungkin dibuat roti2 dan apabila siap, Saidina Umar ra mengajak anak-anak si ibu itu untuk makan dan kenyangkan perut2 lapar mereka.

Ini adalah suatu pengajaran pada kita semua terutama sebagai pemimpin-pemimpin atau Ahli Parlimen atau ADUN dimana kita perlu prihatin akan nasib rakyat2 kita supaya mereka mendapat jagaan, layanan dan kasih sayang dari kita setiap masa supaya tiada suara keluarga yang hidup kelaparan, tiada rumah tempat tinggal dan tiada pertolongan untuk mereka yang miskin, sengsara dan yang daif atau perlu bantuan segera.

Al-Quran dan Hadis2 Nabi Muhammad saw adalah rujukan yang terbaik pada Umat Islam keseluruhannya dan kita perlu yakin akan kebenaran Al-Quran dan Hadis2 yang banyak mengajar kita cara kehidupan yang terbaik dan mulia seperti Rasullullah saw buktikan dengan cara kepimpinannya serta cara hidup Baginda saw yang penuh kesederhanaan hingga kadang2 sangat menyedihkan dimana Rasullullah saw lebih suka melihat umatnya bahagia dan dibelai dari apa yang Baginda saw ada kerana itulah Rasullullah saw, hamba Allah SWT yang terpuji dan disayangi oleh Allah SWT sepenuh2nya.

Khalifah-khalifah Islam seperti Saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar ra, Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kja semua mendapat didikan, tunjuk ajar dari Nabi Muhammad saw dan dengan “coach” dan hidup berjemaah mereka setiap masa dengan Nabi Muhammad saw mereka juga mewarisi sifat2 dan budi pekerti mulia seperti Rasullulah saw. Alhamdulillah.

Dalam era 1432 hijrah ini dan seterusnya, semoga Umat Islam akan menjiwai budi pekerti dan “leadership qualities” seperti Saidina Umar ra dan Rakyat jelata mendapat hidup penuh kasih sayang, dijagai, dibantu dan dipupuk dengan nilai2 murni serta sentiasa bekerja keras serta berdoa pada Allah SWT untuk mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT. InshaAllah.

Wednesday 30 January 2013

Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves


  Tidak terduga buat seorang lelaki apabila dirinya dipercayai tergantung hampir 12 jam tanpa sebarang bantuan akibat tergantung di cerun bukit berhampiran Batu Caves. Hajat yang mahu mencari haiwan ternakannya, berakhir dengan satu tragedi yang tidak akan dilupakan. Tergantung dengan kepala di bawah kaki di atas, merupakan satu pengalaman yang agak perit sebenarnya. Ini kerana posisi yang tidak stabil akan menyukarkan pernafasan. Bagaimanapun lelaki ini selamat.


Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.
Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.



Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.
Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.
“Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil,” katanya.

Apabila Ulat Merah Berkata-Kata Kepada Nabi Daud A.S.


 Sebagai seorang manusia, kita juga tidak terlepas dari mempunyai sikap suka memandang rendah terhadap orang lain. Namun sikap itu sebenarnya boleh dibendung. Kisah pada kali ini adalah tentang Nabi Daud A.S. yang bertanya kepada ulat merah tentang apakah yang dilakukannya setiap hari. Dengan izin Allah, ulat itu mampu berkata-kata. Namun setelah mendengar kata-kata ulat tersebut, Nabi Daud terus bertaubat kepada Allah SWT. Mengapa ya?


sekadar gambar hiasan
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wednesday 23 January 2013

Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat



 Bercakap tentang pergorbanan para sahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

Tuesday 22 January 2013

Apabila Budak Kecil Nasihat Imam Abu Hanifah



Memang tidak dinafikan, kita memang agak sukar menerima nasihat lebih-lebih lagi jika nasihat itu diberikan oleh orang yang lebih muda daripada kita. Kita menjadi begitu kerana menganggap mereka sebagai orang yang kurang ‘makan garam’ berbanding kita. Namun sebenarnya kita perlu mempunyai sifat hati terbuka untuk menerima nasihat, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah. Apakah nasihat tersebut?

Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
“Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Namaku Nu’man “

“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”

Budak itu lalu menjawab :
“Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini…

Monday 21 January 2013

Apabila Imam Syafie Bertemu Dengan Seorang Pedebat


Sekiranya seseorang itu mengajak kita untuk berdebat, ia tidaklah menjadi masalah. Namun perdebatan itu mestilah didatangkan dengan fakta dan logik akal bukan emosi. Adalah satu perkara yang sia-sia jika kita berdebat dengan orang yang sebegitu. Hanya tahu bercakap dan mahu bersikap mahu menang sahaja. Pada suatu ketika dahulu, Imam Syafie pernah bertemu dengan seorang pendebat. Pendebat tersebut telah memberikan satu soalan kepada Imam Syafie.

Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan api?”

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.

Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya, “Adakah kamu sakit?”
Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”

Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie.
Begitulah juga dengan keadaan Iblis. Dia Allah menciptanya daripada api dan disiksa juga dengan api.

Friday 18 January 2013

Renungan Jumaat: Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah



 Memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan bismillah adalah lebih afdhal. Memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah. Adakah kita juga tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengucapkan bismillah dalam melakukan sesuatu pekerjaan? Jika ya alhamdulillah, jika tidak, mari kita mulakan pada hari ini juga. Sudah tentu kita sebagai hamba Allah sentiasa mengharapkan redha daripada Allah SWT. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang keajaiban seorang isteri dalam mengamalkan kalimah ini.

“Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.”

Thursday 17 January 2013

Apakah Hadiah Yang Terbaik Dan Terburuk?


Menghadiahkan seseorang dengan sesuatu merupakan satu amalan yang baik. Tidak semestinya hadiah itu seperti yang berada dalam gambar ini. Pemberian seperti makanan juga boleh dianggap hadiah. Namun persoalannya di sini, hadiah apakah yang terbaik dan hadiah apakah yang terburuk. Sudah tentulah yang terbaik itu memberi manfaat, dan buruk itu memberi kemudaratan. Jom kita ketahui apakah yang sebenarnya yang terbaik dan terburuk itu.

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim.
Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.”
Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.

Wednesday 16 January 2013

Mengapa Pemburu Ini Berasa Menyesal?


Sebagai seorang manusia kita tidak boleh hidup dengan rasa sifat tamak. Sifat tamak sebenarnya akan merugikan kita pada suatu hari nanti. Sebagai contoh kisah yang ingin dikongsikan bersama anda tentang sifat seorang pemburu yang tamak. Biarpun sifat itu tidak dizahirkan secara nyata, namun atas kesan tindakannya itu, ia memberikan kita banyak pengajaran. Pengajaran yang bagaimana? Ikuti kisah di bawah ini.

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.
Burung itu bertanya, ” Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?”
Lelaki itu menjawab ” Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk”

“Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal.”
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti.”
Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, “Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram.”

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. “Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!”
Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, “Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”

Si burung murai menjawab,”Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia.”

Murai menyambung lagi, “Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!”
Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.

Moral:

Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana’ (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

Siapakah Pemimpin Yang Suka Merendah Diri? (Menarik!)


  Banyak pemimpin-peminpin terdahulu ketika di zaman Rasulullah SAW, mempunyai sifat yang suka merendah diri antaranya Salman Al-Farisi. Merendah-rendahkan diri sini, bukanlah bermakna kita hidup tanpa sebarang keyakinan, akan tetapi hidup dalam keadaan bersederhana. Memang sukar untuk kita mencari pemimpin yang suka merendah diri ini. Mungkin ada di antara kita tidak mengenali siapa sebenarnya Salman Al-Farisi ini. Jom ikuti kisah di bawah ini.

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia.

Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.

Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.”

Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan“. Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

Tuesday 15 January 2013

Apabila Bilal Bin Rabah Diseksa Kerana Memeluk Islam

Sekadar Hiasan

  Siapa yang tidak kenal dengan Bilal Bin Rabah ini. Merupakan seorang lelaki yang di antara terawal memeluk Islam biarpun diseksa hebat oleh tuannya. Pada ketika itu Bilal Bin Rabah merupakan seorang hamba abdi kepada seorang lelaki kafir Quraisy. saya mahu berkongsi dengan anda tentang kesusahan dan ketabahan Bilal biarpun diseksa, tetapi tetap mempertahankan agama Islam pada ketika itu. Betapa kuatnya iman lelaki ini.

Bilal bin Rabbah ialah seorang hamba abdi berkulit hitam. Dia adalah di antara 7 orang yang pertama yang memeluk Islam meskipun diancam oleh orang kafir Quraisy yang tidak suka dengan kedatangan agama baru ini.

Apabila tuannya mengetahui pengislaman Bilal, dia telah disiksa dengan di pakaikan baju besi dan kemudian dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan ‘Ahad! Ahad!’ yang bermaksud Allah Yang Esa, Yang Esa.

Bilal kemudian diseret hingga ke lereng-lereng gunung tetapi dia tetap mengucapkan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya kelihatan tidak bergoncang sedikitpun. Apabila melihat tiada perubahan pada diri Bilal, siksaannya kemudian ditambah dan menjadi lebih berat.

Sebiji batu besar diletakkan di atas badannya lalu di jemur di tengah padang pasir dibawah panas terik matahari. Namun, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali ‘Ahad! Ahad!’. Dia ternyata rela mati daripada menukar pegangan agamanya sekarang.

Apabila Abu Bakar as Siddiq diberitahu tentang seksaan tersebut, dia terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal lalu meminta Bilal dibebaskan. Sebagai pengganti, Abu Bakar menyerahkan seorang hamba berkulit hitam yang lebih kuat sebagai tebusan.

Sebaik saja ditebus, Abu Bakar terus memerdekakan Bilal dan membebaskannya dari perhambaan.

Monday 14 January 2013

Sedih! Cerita Pengorbanan Si Ayah Terhadap Keluarganya



 Sebagai seorang lelaki. maka kita perlu bersedialah untuk menjadi seorang suami, malah harus bersedia untuk menjadi seorang bapa. Kita juga sebagai anak perlu tahu tentang susah payah seorang bapa dalam membesarkan kita, dalam menyara keluarga tanpa memikirkan penat lelah. Apa yang pasti insan bergelar ayah ini, mahu zuriat-zuriat mereka hidup dalam kesenangan dan bahagia. Kita perlu bersama-sama mengenang kembali apakah jasa si ayah terhadap kita sekeluarga.
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”
Anak perempuan itu berkata sendirian : “Saya tidak mengerti”.
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”
Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”
“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”

Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.

“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”

“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”

“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”

Moral:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Kisah Hazrat Abu Hurairah Semasa Dirinya Kelaparan

Sekadar Hiasan

Pernahkah kita berasa lapar? Tipulah kalau tidak pernah berasa lapar kan. Namun sanggupkah kita berkongsi makanan dengan orang lain. Mungkin ada yang sanggup, mungkin juga ada yang tidak. Namun terpulang kepada seseorang itu bagaimana cara untuk berkongsi rezeki. Kali ini saya mahu berkongsi tentang kisah Hazrat Abu Hurairah semasa dirinya berasa lapar. Hazrat Abu Hurairah tetap mendahulukan orang lain, biarpun dirinya dalam keadaan lapar
.
Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, “Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang-kadang saya mengikat batu pada perut.”

Pada suatu hari saya duduk di jalan yang biasa dilalui oleh para sahabat yang besar. Hazrat Abu Bakar r.a telah lalu. saya mula bertanya sesuatu kepada beliau dengan harapan beliau akan terus melayan percakapan saya dan terus membawa saya ke rumah. Kemudian seperti biasa beliau akan melayan saya dengan menghidangkan apa-apa makanan yang ada di dalam rumah. Namun demikian, beliau tidak melakukan seperti itu (mungkin kerana tidak terlintas di hati beliau atau kerana telah diketahui keadaan di rumahnya juga yang tidak mempunyai apa-apa).

Selepas itu Hazrat ‘Umar r.a pula yang lalu. Bersama beliau pun keadaan yang sama telah berlaku. Kemudian Rasulullah s.a.w yang lalu. Melihatkan saya, Baginda s.a.w pun tersenyum. Baginda s.a.w telah memahami keadaan dan tujuan saya. Baginda s.a.w berkata, “Abu Hurairah, ikutlah bersama saya.”

Lalu saya pun terus bersama Baginda s.a.w. Baginda telah pulang ke rumah. Di dalam rumah terdapat satu mangkuk susu yang telah dihantarkan kepada Baginda s.a.w. Baginda bertanya. “Dari manakah susu ini?”
Telah dijawab, “Dari tempat sekian untuk Rasulullah sebagai hadiah.”

Kemudian Baginda s.a.w bersabda, “Abu Hurairah, pergilah panggil ahlussuffah dan bawa mereka ke mari.”
Ahlussuffah dikira sebagai tetamu Islam. Mereka ialah orang-orang yang tidak mempunyai rumah dan tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak ada pengurusan makanan yang tetap untuk mereka. Bilangan mereka tidak menentu mengikut masa. Namun, pada masa kisah ini berlaku jumlah mereka ialah tujuh puluh orang. Menjadi kebiasaaan Rasulullah s.a.w juga bahawa mereka dipasangkan berdua-dua atau berempat-empat dan dijadikan tetamu kepada para sahabat yang agak kaya. Sekiranya terdapat pemberian sedekah dari mana-mana maka akan dihantar kepada mereka tetapi Baginda s.a.w sendiri tidak akan menyertai mereka. Sekiranya terdapat pemberian hadiah dari mana-mana maka Rasulullah sendiri akan bersama mereka.

Rasulullah s.a.w telah memerintah agar memanggil mereka. Hati saya terasa berat memikirkan jumlah susu itu. Banyak mana sangat untuk membolehkan saya menjemput mereka semua. Bagaimana mungkin untuk setiap orang? Sedangkan susu itu tidak mencukupi untuk satu orang pun. Selepas mereka dijemput, sayalah yang akan diperintahkan untuk memberi mereka minum. Oleh kerana itu, saya akan menjadi orang terakhir minum dan sudah tentu susu itu tidak akan tinggal sedikit pun. Namun demikian, apakah ada jalan lain selain mentaati Nabi s.a.w?

Saya telah pergi dan menjemput kesemua mereka. Rasulullah s.a.w bersabda, “Nah ambil, berilah mereka minum.”

Saya mengambil mangkuk itu dan menyerahkan kepada seorang demi seorang daripada mereka dan setiap orang akan minum sepuas-puasnya kemudian barulah dikembalikan mangkuk itu kepada saya. Demikianlah saya telah memberi minum kepada mereka semua dan kesemua mereka telah minum dengan puas.

Kemudian Rasulullah mengambil mangkuk tadi lalu memegang mangkuk itu dengan tangan Baginda sambil memandang kepada saya dengan tersenyum. Baginda s.a.w berkata, “Sekarang hanya tinggal kamu dan saya sahaja.”

Saya menjawab, “Begitulah.”
Baginda mengarahkan, “Ambil dan minumlah.” Saya pun mula minum. Baginda s.a.w mengarah lagi, “Minumlah lagi.” Saya pun minum lagi. Akhirnya saya berkata kepada Baginda “Sekarang saya tidak boleh minum lagi.” Selepas itu Rasulullah menghabiskan susu yang masih tinggal itu.

Saturday 12 January 2013

Cerita Seorang Lelaki Tua Dengan Segenggam Garam





Memang tidak dinafikan dan secara nyata setiap manusia yang dilahirkan itu pasti akan berhadapan dengan apa jua masalah. Sama ada masalah kecil, mahupun besar. Apa yang membezakan di antara kita adalah, bagaimana seseorang itu mampu menghadapinya dengan sebaik mungkin. Sama ada menghadapi secara tenang, atau lari dari masalah. Tidak boleh tidak, kita perlu berhadapan dengan masalah itu. Inilah cabaran dan kepahitan hidup. Namun jika kita sentiasa berfikiran positif, hidup kita akan sentiasa tentang biarpun banyak ujian yang melanda.
Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.
Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.
Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.
“Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya…”, ujar Pak Tua itu.
“Masin sampai pahit, pahit sekali,” jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.
Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.
Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.
“Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah”. Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: “Bagaimana rasanya?”
“Segar.” sahut tamunya.
“Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?”, tanya Pak Tua lagi.
“Tidak,” jawab si anak muda.
Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
“Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan  daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.
“Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya,” katanya.
Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: “Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”
Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan ‘segenggam garam’ untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Friday 11 January 2013

Mencari Maksud Di Sebalik Cinta Dan Perkahwinan


Apa itu cinta, apa itu perkahwinan. Jika di tanya pada kanak-kanak mahupun remaja, apa yang kadang-kadang gambaran awal mereka adalah hidup berdua dengan pasangan. Tetapi namun disebalik perkahwinan itu tersimpannya kebahagian yang perlu dilalui dengan seribu pengorbanan. Cuba tanya pada hati kita, adakah kita memahami maksud di sebalik cinta dan perkahwinan.
Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?
Gurunya menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta” Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?”
Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.
Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya
Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta”
Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”
Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”
Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya” Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan”
Moral :
Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

Renungan Jumaat: 9 Golongan Solat Tidak Diterima Allah




Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “9 golongan orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan  kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Thursday 10 January 2013

Kisah Sedetik Cinta

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah. Sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa minggu lalu. Berpegangan tangan dan bersiar-siar di sebuah taman rekriasi yang cukup indah mata memandang dianugerahkan oleh Allah kepada sekalian makhluknya di muka bumi ini. Mereka mendirikan rumah tangga hasil ketemuan orang tua mereka. Di sini lah mereka mengenali antara satu sama lain, dan bibit-bibit cinta mereka mula berputik selepas berkahwin.

Suami mula bertanya satu persoalan yang bermain di kotak fikirannya. 'Sayang, adakah sayang akan mencintai lelaki lain selain diri saya?' dengan nada lembut si suami bertanya kepada si istri. Si istri terkejut dengan persoalan suaminya yang tidak terjangka akan dirinya. Dengan yakin dan penuh kasih sayang si istri menjawab 'tidak...  tidak sama sekali kasih sayang dan cinta saya berbelah bahagi. Kenapa abang bertanya sedemikian? Apakah abang masih akan mencintai wanita lain selain saya?' tanya si istri penuh tanda tanya di fikirannya. Apakah si suaminya masih ada kekasih hati yang lain. Maklum lah perkahwinan mereka adalah perancangan ahli keluarga, bukannya pertemuan mereka berdua.

Dengan senyum penuh makna si suami lemparkan kepada istri nya lalu berkata 'ya.. saya akan mencintai wanita itu seandainya dia menggembirakan hati abang, pandai menjaga abang ketika sakit, pandai menjaga hati abang, padai mengatur pakaian, dan minum makan abang, setelah Allah hadirkan di dalam hati abang, dan pada waktu itu abang tidak mampu lagi berpisah dengan dirinya.'  Si istri tunduk sayu wajahnya menyembah ke bumi. Menitis air matanya apabila terdengar kenyataan suaminya sedemikan kisahnya. Pilu hati si istri tak terungkap dengan kata. Terdiam membisu seribu bahasa lidah mengelu kaku.

Lalu si suami memegang kedua belah tangan istri nya. Di dongakkannya wajah istrinya  dengan ibu jari tangan kanannya. Disapunya air mata istrinya yang luluh ke pipi. Lantas si suami berkata 'abang tidak akan cemburu jika suatu hari nanti sayang akan mencintai lelaki lain selain diri abang, jika lalaki itu menjaga hati dan perasaan sayang, mencintai sayang sepenuh hati, dan akan menjaga sayang sebaik mungkin.' Si suami tersenyum penuh makna terselindung lalu berkata 'kerana lelaki itu di kurniakan oleh Allah kepada kita sebagai anak kita dan begitulah jua akan berlaku kepada abang jika kita di kurniakan anak wanita, kerana mereka berdua yang akan menjaga kita kelak. Adakah Sayang tidak akan menyayangi dan mencintai anak sayang sendiri?' Si suami tersenyum melihat riak muka istri nya yang sedih bertukar ceria kembali.

Mereka berdua kembali berpegangan tangan dan terus ke sebuah pondok wakaf untuk tumpang berehat. Setelah pelbagai persoalan difikirannya terungkai, sedih kembali ceria lantas si istri menanyakan kepada suaminya 'apa tempat yang abang suka kunjungi?' Si suami terdiam seketika dan menyatakan kepada istri nya 'abang lebih suka pergi ke kawasan yang ada pantai dan laut, serta tanah tinggi, kerana pemandangan nya indah dan cantik. Sayang suka ke tempat yang bagaimana pula?' Tanya si suami kepada istrinya pula. Lantas si istri bangun dan melangkah setapak kehadapan. Penuh keayuan dan lemah lembut si istri berkata 'sayang suka pergi ketaman-taman syurga. Selepas ini sayang akan pergi kesana dan sayang berharap kita bertemu di sana.' Si istri memandang ke arah langit yang biru meluas, melihat awan yang berlalu lembut ditiup angin petang.

Kini si suami pula terpinga-pinga akan kenyataan istrinya itu. Tergugat dengan kenyataan itu lantas si suami bertanya 'apakah sayang menyembunyikan sesuatu daripada abang? Adakah sayang sakit?' bertalu persoalan di lemparkan si suami kepada istrinya dalam nada yang penuh kerisauan. Lantas si istri tersenyum tertawa sinis. Suaminya tidak memahaminya apakah maksud disebalik tawa dan senyum si istrinya itu.

Si istri menenteramkan hati suami tercintanya dengan berkata 'bukankah majlis-majlis ilmu dan surau serta masjid itu salah satu dari taman syurga yang ada di dunia ini? Sayang ingin menjadi seorang istri yang solehah, dapat membimbing anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Oleh itu sayang perlu ada ilmu agama dan menjadi contoh kepada mereka pada suatu hari nanti. Yang lebih penting sekali sayang tidak sanggup kerana sayang, abang dimasukkan ke neraka. Hanya disebabkan dosa sayang yang abang tanggung sejak lafas nikah hingga akhir nafas. Si istri berpaling melihat wajah suaminya yang mula tersenyum. Tidak disangka oleh si istri bahawa suaminya juga menitiskan air mata. Lantas si istri berkata kembali 'kerana sayang ingin berjumpa kembali dengan keluarga yang kita bina di dunia ini di syurga kelak.' 

Si suami melangkah kearah istrinya lalu mencium dahi istrinya tanda cinta pada Illahi. Lantas si suami memeluk bahu istri sambil berjalan pulang ke rumah bersiap sedia untuk menunaikan Maghrib berjemaah di masjid berhadapan rumah mereka.



Pesanan: Bukankah bagus jika kita sebagai suami istri memahami antara satu sama lain hanya kerana Allah. Kerana cinta itu hadir dengan izin dari Nya. Jangan kita butakan cinta itu dengan kelalaian dunia.