Nuffnang
Friday, 21 June 2013
Pesanan Ku
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Saya berpesan pada diri saya dan para pembaca sekalian. Sering kali kita terlupa akan kurnia sang pencipta. Diberikan segala yang ada pada diri kita secara percuma namun kita masih tidak mensyukuri nikmat-Nya. Tangan, merupakan anggota badan yang paling kerap digunakan didalam kehidupan seharian kita. Namun kenapa? Kenapa tangan kita masih melakukan kelalaian pada dunia? Mata masih celik namun kabur pandangan di lubuk hatinya. Bukankah kita sering diberi peringatan oleh Allah SWT pada tapak tangan kita? Ya 3 garis yang bercantum membentuk 2 angka pada setiap tapak tangan kita iaitu 18 di sebelah kanan, manakala 81 di sebelah kiri. Jika ditambahkan menjadi 1 nombor iaitu 99. Ingatlah zat Allah yang kita ketahui melalui 99 dari nama-Nya (asma ul husna) kekal berada pada tapak tangan kita dan kita masih melakukan perkara yang ingkar, maksiat dan kelalaian pada duniawi. Tidakkah kita terasa malu, dan hina tatkala kita melakukan perkara yang mndatangkan dosa dengan perlakuan kedua tangan kita sedang ketika masa itu kita menjunjung keagungan Allah SWT. Sadarlah dan insaflah semoga kita mendapat rahmat.
Wednesday, 19 June 2013
Perkongsian: AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JIN
Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai,
Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian
hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat
Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam
berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah
keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut
alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini
saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi
dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk
berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan
menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.
Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin
bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana
pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka
akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi
dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat.
Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka
berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan
membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. Katanya dengan
menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin
betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat
manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan
manusia kerana mereka juga dari benih manusia.
Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari
percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka
sehingga diheret ke neraka kelak. Kata Azan kepada saya, “Wahai ahli bai’at
(gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia
sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani
hinggalah mencapai usia 20 tahun. Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti
sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4
tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan
dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat
ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak
kepada si pelaku onani tadi.”
“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa
yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan
tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan
oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan
tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui
kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang
Azan lagi.
Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya
termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di
Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh
bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak
dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan
banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan
bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.
Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini
bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga
dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar
Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah
lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat
agama.
Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi
sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin
juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada
anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.
Firman Allah :
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada
(balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38)
“Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari
(kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan
disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya,
sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
Wednesday, 1 May 2013
Sawan Besi

Korang kenal lagi tak mamat nih… kalau tak kenal kena follow Sketsa 1 baru lah korang kenal diri dia siapa. Urmm… mcm ne nak mula… ha, pagi
tadi kami ke GSC Alamanda untuk menonton wayang cerita Ironman 3D… hahah... Pada mulanya dia dalam keadaan terkawal dan baik sehinggalah kami Lunch di Foodcourt Alamanda…
dan korang ingat lg slide yang aku present sem 3 lepas??? Yaaa hahah aku
melepaskan rindu nak makan mkanan kegemaran aku Slurppp… Yee Mee….
Bila nak balik jer dah mula dah cerita baru pasal kawan aku
sorang nih… dia terkena serangan sawan besi… dari menunggu bas, membawa ke
dalam bas hingga terbawa-bawa ke bilik. Sawan dia x hilang hilang lg. Katanya
korang nk tau sawan besi tu apa? Hahah… korang kena faham dialog ni dahulu.
‘Aku ni kan sebenarnya suit aku ada… Cuma ayah aku amik hantar
ke bengkel untuk servis. Aku suruh orang bengkel tu cek minyak hitam, timing
belt da putus, minyak brake pon dah abis sebab tu aku tak bawak ke sini. Huh…
kalau elok, tak payah tunggu bas lame lame macam nih, terbang terus balik ke
asrama. Aku ada kawan namanya Jali kerja kat Kementrian Pertahanan. Dia suruh
aku serang UFO sekarang nih yang datang ke Malaysia. Tapi apakan daya an.. an..
an…. Aku nak luang masa cuti pekerja dengan menonton filem yang US chiplak…. Geram
betul aku diorang buat filem Ironman tak guna aku sebagai hero sebenar… aku nak
saman diorang…’
Lepastu dalam bas kami duk sit belakang, dia panggil aku ‘pst…
pst..’ mula mula perlahan, makin lama sampai drebar bas boleh dengar. Huh…
dialog dia seterusnya. ‘ oi mandrin, oi mandrin…. Aku kalau suit aku tu tak
hantar ke bengkel, dah lama aku sampai asrama. Apa barang hero mcm aku naik bas
buruk mcam nih.. x da klas langsung…’ dan dialog itu terhenti dan berulang
semula hingga lah sampai ke bilik. Dialog terakhir dia berbunyi mcm nih…..
arrhhhh x da bunyik korang kena baca sendiri heheheh >_<
‘oi mandrin baju
merah…. Eii susah betul lah aku nak panggil ko nih, oi ZAZ!!! Ko jangan bagi
tau orang ramai yang aku ni Ironman… nanti mula lah orang ramai berlari mintak autograph
aku nanti… haha… bila suit aku dah siap, aku nak letak kat parking Datin… dia
nak marah??? Berani sangat dia nak marah sebab aku ada suit Ironman ha… Habih I….N
aku lembang karang… Ko jangan bagi tau sesiapa tau ZAZ yang aku nih Ironman.'
Huh…. Pnat arr juga aku layan sawan dia nih. Dari sawan dia
bermula hingga ke habis aku dok tak layan dia. Yang best nya pula tu… dia cakap
sorang-sorang la pulak… errrrmmmmmm….. Bersamalah kita mendoakan kawan saya
yang sorang nih. Ini sedikit gelagat sawan dia di dalam bas yang sempat aku
rakam, di ingat aku amik gambar jer hik hik hik >_<
Monday, 29 April 2013
Brave Heart
First, I've been lying to myself.
Second, my chest has been aching.
So I pretended not to have noticed the third.
This is fine with me.
Everything is okay now.
It's all right if I can't be myself.
My weak and timid Braveheart
is scared of getting hurt.
Ah come on, just laugh it away...
Holding on to the little courage I have,
I can only shut my eyes and keep going forward.
Ah yes, I know I'm very reckless.
Having been overtaken by regrets,
I must escape sooner rather than later,
so I had to abandon the things I had been treasuring.
When I have realized all these,
I'm already merely a living vessel,
and that's exactly what my life is worth now.
You have a wonderful name, Braveheart,
despite the fact that you're so useless.
Ah, but yet you're still on the move.
What should I wish for from my life?
As my trembling heart bursts open,
ah, I guess I can't help but want to live.
I've had enough.
I'm not distressed at all,
but my tears won't stop flowing.
Ah, you told me so before, huh, Braveheart,
even the fact that things would turn out this way.
Ah, I'm really sorry. It's my fault.
Using all the courage I have,
I'll open my eyes, and look forward!
Ah, I have no idea the world can be so bright!
Now you can finally smile, can't you?
Have the courage to withstand defeat,
and do not fear getting hurt any longer.
That's right! Now THAT is my Braveheart!
Monday, 1 April 2013
Pohon Usang
Engkau seekor burung gagah yang terbang tinggi,
terbang bebas diruang angkasa nan luas,
seribu satu jenis pemandangan indah dapat kau saksikan,
semakin tinggi engkau terbang,
semakin tinggi pula keegoan diri mu,
bangga dengan sayap mu yang membawa engkau terbang lebih jauh,
sehingga engkau lupa akan diriku yang berada disini...
Namun aku tetap aku dan tidak mungkin yang lain,
sebatang pohon usang yang berusia lewat dimamah zaman,
tetap juga engkau terbang ke penghujung dunia,
meninggalkan aku sendirian sepi keseorangan,
pabila rintik hujan membasahi bumi,
pabila sayap engkau patah,
aku tetap bediri meneduhi dari lebatnya hujan,
aku masih gah menjadi tempat untuk engkau merawat luka...
Akan tetapi engkau tetap terbang meninggalkan aku sendirian lagi,
pergi lebih jauh setelah teduhnya hujan,
terbang lebih tinggi setelah sihat kembali,
namun aku masih berada disini,
setia menanti untuk engkau hinggap kembali,
aku akan meneduhi mu,
akan ku teman mengubat luka mu,
kerana aku pohon usang,
yang tidak mungkin kan terbang bersama mu...
terbang bebas diruang angkasa nan luas,
seribu satu jenis pemandangan indah dapat kau saksikan,
semakin tinggi engkau terbang,
semakin tinggi pula keegoan diri mu,
bangga dengan sayap mu yang membawa engkau terbang lebih jauh,
sehingga engkau lupa akan diriku yang berada disini...
Namun aku tetap aku dan tidak mungkin yang lain,
sebatang pohon usang yang berusia lewat dimamah zaman,
tetap juga engkau terbang ke penghujung dunia,
meninggalkan aku sendirian sepi keseorangan,
pabila rintik hujan membasahi bumi,
pabila sayap engkau patah,
aku tetap bediri meneduhi dari lebatnya hujan,
aku masih gah menjadi tempat untuk engkau merawat luka...
Akan tetapi engkau tetap terbang meninggalkan aku sendirian lagi,
pergi lebih jauh setelah teduhnya hujan,
terbang lebih tinggi setelah sihat kembali,
namun aku masih berada disini,
setia menanti untuk engkau hinggap kembali,
aku akan meneduhi mu,
akan ku teman mengubat luka mu,
kerana aku pohon usang,
yang tidak mungkin kan terbang bersama mu...
Subscribe to:
Posts (Atom)

