Dialog se ekor binatang yang besar dan berbulu tebal yang di utus Allah untuk menjaga dan menemani
Dajjal ketika jibril tiada di pulau 3 Bermuda.
Setelah Dajjal kembali ke pulau asal nya bersama pengikutnya
seramai 30 orang, mereka di haling oleh se ekor binatang yang menjaganya sejak
dari kecil itu serta pengikutnya yang diutus oleh Allah yang berwajah bersinar
dan bercahaya. Dajjal pengsan apabila di serang oleh utusan Allah itu. Setelah
Dajjal sedar dia melihat dirinya telah dirantai di dalam sebuah gua. Rantai nya
di perbuat dari emas yang bukannya dating dari dunia ini. Amat besar dan berat.
Lantas binatang itu berkata ‘Wahai Dajjal masa hadapan, Dewa kekufuran dan
kejahatan, sekarang engkau berada di zaman penutup para nabi, kekasih Allah,
Muhammad s.a.w. Dia telah lahir beberapa hari lalu ketika engkau berada di
tengah lautan sambil melalaikan ketentuan yang sedang berjalan. Engkau berada
di penghujung zaman bumi. Janji Allah sudah dating. Engkau tidak akan terlepas
daripada rantai yang membelenggumu kecuali selepas kekasih Allah, Muhammad
s.a.w wafat. Tanda kamu keluar dari gua ini adalah penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w ketanah suci Madinah Al-Munawwarah selepas orang-orang Arab
memeranginya dan pengikutnya daripada Mekah dan kemenangan ke atas mereka. Sedangkan
tanda keluarmu sebagai orang sombong di dunia ini adalah ponon kurma Zughar
kekeringan dan banyak terjadi gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuhmu
yang akan memarahimu.’
Berikut adalah peristiwa mengenai Tamim Ad-Dari yang disebutkan di dalam Shahih Muslim:
Ibnu
Buraidah menyampaikan daripada Amir bin Syurahbil Asy-Sya’bi, bahawa dia pernah
bertanya kepada Fatimah binti Qais agar memberitahu dirinya sepotong hadis yang
didengari oleh dirinya sendiri dari Rasulullah s.a.w.
Rasulullah
bersabda ‘sesungguhnya, demi Allah, aku tidak mengumpulkan kalian kerana
harapan dan ketakutan, tetapi Tamim Ad-Dari, yang dahulunya sorang Nasrani,
datang untuk memeluk Islam. Dia bercerita kepadaku seperti apa yang pernah aku
menceritakan kepada kalian mengenai Dajjal. Katanya, dia menaiki sebuah perahu
bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipukul ombak selama sebulan di
laut. Lalu mereka berlabuh di sebuah pulau sehingga terbenam matahari dan
berehat berhampiran perahu mereka’.
‘Kemudian
mereka di datangi seekor binatang yang berbulu tebal sehingga mereka tidak
dapat membezakan bahagian hadapan dan belakangnya. Mereka berkata “celaka kamu, makhluk apakah
kamu?” Binatang itu menjawab, “Aku adalah mata-mata.” Mereka bertanya, “Mata-mata apa?” Ia menjawab, “Pergilah
kepada orang yang berada di dalam gua kerana beliau menrindui berita daripada
kalian.” Tamim Ad-Dari berkata “Ketika binatang itu berkata begitu, kami
meninggalkanya kerana mungkin ia adalah syaitan betina. Lalu kami segera menuju
ke gua itu. Di dalamnya ada seorang manusia bertubuh besar diikat dengan rantai
yang kuat. Kedua tangannya dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai besi
sehingga kakinya. Kami berkata, “Makhluk apakah kamu ini?” Dia menjawab,
“Kalian telah tahu mengenai aku, kini beritahu aku, siapakah kalian ini?”
‘Mereka
menjawab, “Kami adalah manusia daripada Arab. Perahu kami dipukul oleh ombak
besar dan menghanyutkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulau
ini. Kami sisatangi seekor binatang berbulu lebat sehingga tidak ketahui mana
bahagian hadapan dan belakangnya.
Dajjal: Beritahu aku
mengenai kurma Baisan. Apakah kurma itu masih berbuah?
Tamim Ad-Dari: Ya,
sesunguhnya pohon itu hampir tidak berbuah.
Dajjal: Beritahu aku
mengenai Tasik Thabariyah. Apakah tasik itu masih ada air?
Tamim Ad-Dari: Ya, tasik itu masih banyak airnya. Sesungguhnya
air tasik itu hampir habis.
Dajjal: Beritahu aku
mengenai air mata Zughar. Apakah mata air itu masih mengeluarkan airnya dan
adakah penduduknya masih bercucuk tanam daripada air mata itu?
Tamim Ad-Dari: Ya,
mata air itu masih mengeluarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam
daripada air itu.
Dajjal: Terangkan
kepadaku mengenai nabi yang diutuskan, apa yang dilakukannya?
Tamim Ad-Dari: Dia
telah keluar daripada Mekah menuju ke Yatsrib.
Dajjal: Apakah orang
Arab memeranginya?
Tamim Ad-Dari: Ya.
Dajjal: Bagaimana dia
melayani mereka?
Tamim Ad-Dari: Dia
telah menundukkan orang-orang Arab yang berhampiran dengannya sehingga mereka
mengikutinya.
Dajjal: Benarkah?
Tamim Ad-Dari: Ya.
Dajjal: Lebih baik mengikutinya. Aku akan memberi tahu
kalian mengenai diriku. Aku adalah al-Masih. Aku hampir diizinkan keluar. Aku
akan berjalan dimuka bumi. Tidak ada kampung yang tidak aku jejaki dalam masa
40 malam melainkan kota Mekah dan Madinah. Kedua-dua kota itu diharamkan
keatasku. Setiap kali aku memasuki salah satu kota itu, aku akan dihalang oleh
malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Setiap kawasan di antara
kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Sambil
memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah s.a.w berkata, ‘Ini adalah adalah
Madinah. Ingatlah, apakah aku telah menyampaikannya kepada kalian?’ Mereka
menjawab, ‘Benar.’ Nabi Muhammad s.a.w bersabda, ‘Sungguh cerita Tamim Ad-Dari
itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kalian, juga mengenai
kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah, sesungguhnya Dajjal berada di laut Syam
atau di laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari
arah timur.’ Sambil mengisyaratkan
tangannya kearah timur.
Suatu hari Dajjal bangun dari tidurnya dan melihat rantai
besi berusia 63 (ketika ini, umur Dajjal telah mencecah 3000 tahun, namun
Dajjal masih sihat dan muda seperti usia 30 tahun.) tahun seusia Rasulullah
s.a.w yang mengikat kedua tangan dan kakinya mula mencair seperti garam bersatu
dengan air. Dajjal yang mengaku dirinya sebagai tuhan dibebaskan daripada
ikatan yang sangat kuat itu. Tiba-tiba binatang itu berada di hadapannya dan
berkata ‘Selamat tinggal wahai manusia yang paling jahat di muka bumi, engkau
menuju ke dunia yang penuh kepalsuan. Sedangkan aku menuju kerajaan Allah,
Tuhan mu, Tuhan ku dan tuhan segala sesuatu. Aku menuju barzakh yang hanya
Allah sahaja tahu.’ Dajjal bertanya ‘Ke mana?’ lantas binatang itu menjawab ‘Apakah engkau tidak ingat? Sesungguhnya ajal
ku tiba di saat engkau keluar. Pemergian mu sekali gus akan menenggelamkan
pulau ini. Segala ukuran adalah hak milik tuhan semesta alam ini iaitu Allah
S.W.T. Tiada tuhan selain Dia. Manakala engkau seorang hamba dicipta Nya. Engkau telah memilih qadar
mu sendiri. Laknat Allah menimpa keatasmu dan atas orang yang melindungimu di rumahnya.’
Kita di ajar oleh Rasulullah agar berdoa setelah bacaan tahyatul akhir sebelum memberi salam, "Ya Allah lindungilah aku daripada siksaan Jahannam, siksaan kubur, fitnah kehidupan dan fitnah kematian, serta kejahatan Dajjal."