Nuffnang

Monday 30 September 2013

Tanda-tanda keluarnya Dajjal untuk menguasai dunia.



Dialog se ekor binatang yang besar dan berbulu tebal  yang di utus Allah untuk menjaga dan menemani Dajjal ketika jibril tiada di pulau 3 Bermuda.
Setelah Dajjal kembali ke pulau asal nya bersama pengikutnya seramai 30 orang, mereka di haling oleh se ekor binatang yang menjaganya sejak dari kecil itu serta pengikutnya yang diutus oleh Allah yang berwajah bersinar dan bercahaya. Dajjal pengsan apabila di serang oleh utusan Allah itu. Setelah Dajjal sedar dia melihat dirinya telah dirantai di dalam sebuah gua. Rantai nya di perbuat dari emas yang bukannya dating dari dunia ini. Amat besar dan berat. Lantas binatang itu berkata ‘Wahai Dajjal masa hadapan, Dewa kekufuran dan kejahatan, sekarang engkau berada di zaman penutup para nabi, kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Dia telah lahir beberapa hari lalu ketika engkau berada di tengah lautan sambil melalaikan ketentuan yang sedang berjalan. Engkau berada di penghujung zaman bumi. Janji Allah sudah dating. Engkau tidak akan terlepas daripada rantai yang membelenggumu kecuali selepas kekasih Allah, Muhammad s.a.w wafat. Tanda kamu keluar dari gua ini adalah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w  ketanah suci  Madinah Al-Munawwarah selepas orang-orang Arab memeranginya dan pengikutnya daripada Mekah dan kemenangan ke atas mereka. Sedangkan tanda keluarmu sebagai orang sombong di dunia ini adalah ponon kurma Zughar kekeringan dan banyak terjadi gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuhmu yang akan memarahimu.’


Berikut adalah peristiwa mengenai Tamim Ad-Dari  yang disebutkan di dalam Shahih Muslim:
                Ibnu Buraidah menyampaikan daripada Amir bin Syurahbil Asy-Sya’bi, bahawa dia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais agar memberitahu dirinya sepotong hadis yang didengari oleh dirinya sendiri dari Rasulullah s.a.w.

                Rasulullah bersabda ‘sesungguhnya, demi Allah, aku tidak mengumpulkan kalian kerana harapan dan ketakutan, tetapi Tamim Ad-Dari, yang dahulunya sorang Nasrani, datang untuk memeluk Islam. Dia bercerita kepadaku seperti apa yang pernah aku menceritakan kepada kalian mengenai Dajjal. Katanya, dia menaiki sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipukul ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh di sebuah pulau sehingga terbenam matahari dan berehat berhampiran perahu mereka’.

                ‘Kemudian mereka di datangi seekor binatang yang berbulu tebal sehingga mereka tidak dapat membezakan bahagian hadapan dan belakangnya.  Mereka berkata “celaka kamu, makhluk apakah kamu?” Binatang itu menjawab, “Aku adalah mata-mata.” Mereka bertanya,  “Mata-mata apa?” Ia menjawab, “Pergilah kepada orang yang berada di dalam gua kerana beliau menrindui berita daripada kalian.” Tamim Ad-Dari berkata “Ketika binatang itu berkata begitu, kami meninggalkanya kerana mungkin ia adalah syaitan betina. Lalu kami segera menuju ke gua itu. Di dalamnya ada seorang manusia bertubuh besar diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangannya dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai besi sehingga kakinya. Kami berkata, “Makhluk apakah kamu ini?” Dia menjawab, “Kalian telah tahu mengenai aku, kini beritahu aku, siapakah kalian ini?”

                ‘Mereka menjawab, “Kami adalah manusia daripada Arab. Perahu kami dipukul oleh ombak besar dan menghanyutkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulau ini. Kami sisatangi seekor binatang berbulu lebat sehingga tidak ketahui mana bahagian hadapan dan belakangnya.
Dajjal: Beritahu aku mengenai kurma Baisan. Apakah kurma itu masih berbuah?
Tamim Ad-Dari: Ya, sesunguhnya pohon itu hampir tidak berbuah.
Dajjal: Beritahu aku mengenai Tasik Thabariyah. Apakah tasik itu masih ada air?
Tamim Ad-Dari: Ya,  tasik itu masih banyak airnya. Sesungguhnya air tasik itu hampir habis.
Dajjal: Beritahu aku mengenai air mata Zughar. Apakah mata air itu masih mengeluarkan airnya dan adakah penduduknya masih bercucuk tanam daripada air mata itu?
Tamim Ad-Dari: Ya, mata air itu masih mengeluarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam daripada air itu.
Dajjal: Terangkan kepadaku mengenai nabi yang diutuskan, apa yang dilakukannya?
Tamim Ad-Dari: Dia telah keluar daripada Mekah menuju ke Yatsrib.
Dajjal: Apakah orang Arab memeranginya?
Tamim Ad-Dari: Ya.
Dajjal: Bagaimana dia melayani mereka?
Tamim Ad-Dari: Dia telah menundukkan orang-orang Arab yang berhampiran dengannya sehingga mereka mengikutinya.
Dajjal: Benarkah?
Tamim Ad-Dari: Ya.
Dajjal:  Lebih baik mengikutinya. Aku akan memberi tahu kalian mengenai diriku. Aku adalah al-Masih. Aku hampir diizinkan keluar. Aku akan berjalan dimuka bumi. Tidak ada kampung yang tidak aku jejaki dalam masa 40 malam melainkan kota Mekah dan Madinah. Kedua-dua kota itu diharamkan keatasku. Setiap kali aku memasuki salah satu kota itu, aku akan dihalang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Setiap kawasan di antara kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

                Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah s.a.w berkata, ‘Ini adalah adalah Madinah. Ingatlah, apakah aku telah menyampaikannya kepada kalian?’ Mereka menjawab, ‘Benar.’ Nabi Muhammad s.a.w bersabda, ‘Sungguh cerita Tamim Ad-Dari itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kalian, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah, sesungguhnya Dajjal berada di laut Syam atau di laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.’  Sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur.
Suatu hari Dajjal bangun dari tidurnya dan melihat rantai besi berusia 63 (ketika ini, umur Dajjal telah mencecah 3000 tahun, namun Dajjal masih sihat dan muda seperti usia 30 tahun.) tahun seusia Rasulullah s.a.w yang mengikat kedua tangan dan kakinya mula mencair seperti garam bersatu dengan air. Dajjal yang mengaku dirinya sebagai tuhan dibebaskan daripada ikatan yang sangat kuat itu. Tiba-tiba binatang itu berada di hadapannya dan berkata ‘Selamat tinggal wahai manusia yang paling jahat di muka bumi, engkau menuju ke dunia yang penuh kepalsuan. Sedangkan aku menuju kerajaan Allah, Tuhan mu, Tuhan ku dan tuhan segala sesuatu. Aku menuju barzakh yang hanya Allah sahaja tahu.’ Dajjal bertanya ‘Ke mana?’ lantas binatang itu menjawab  ‘Apakah engkau tidak ingat? Sesungguhnya ajal ku tiba di saat engkau keluar. Pemergian mu sekali gus akan menenggelamkan pulau ini. Segala ukuran adalah hak milik tuhan semesta alam ini iaitu Allah S.W.T. Tiada tuhan selain Dia. Manakala engkau seorang  hamba dicipta Nya. Engkau telah memilih qadar mu sendiri. Laknat Allah menimpa keatasmu dan atas orang yang melindungimu di rumahnya.
 
Kita di ajar oleh Rasulullah agar berdoa setelah bacaan tahyatul akhir sebelum memberi salam, "Ya Allah lindungilah aku daripada siksaan Jahannam, siksaan kubur, fitnah kehidupan dan fitnah kematian, serta kejahatan Dajjal."

Wednesday 18 September 2013

Pintu hatiku

Tidak ku tahu siapa didalam nya...
Tidak ku dengar irama cinta...
Tidak ku terlihat siapa jodohku...
Kerana pintu hatiku masih belum terbuka

Sunday 8 September 2013

Dimanakah Gantinya...

Disaat aku memerlukan mu...
Kau pergi meniggalkan ku...
Tinggal sepi seorang diri...
Tiada teman tiada ganti...
Kini aku melalui lorong-lorong sunyi...

Gelap tidak bercahaya...
Kelam di mamah gelita...
Ku masih tersiksa...
Merangkak menyusuri muara...
Menanti tibanya sekelumit cahaya...