Nuffnang

Thursday 10 July 2014

Kebahagiaan Buat Diri Ku

Setiap insan yang bernyawa inginkan bahagia... Kebahagiaan dalam hidup... Kebahagiaan berumah tangga... Kebahagian harta... Setiap insan berbeza sudut pandangan perspektif mencari kebahagiaan... Buat diri ku... Aku mulai rasa pelik... Hingga aku mulai tertanya-tanya... Apakah jenis kebahagiaan yang aku inginkan sebenarnya???

Waktu demi waktu... Tahun demi tahun... Aku mencari jawapannya namun masih kabur... Apa aku masih buta??? Atau ini suratan takdir hidupku... Perit... Berat... Tersiksa... Namun aku susuri jua... 

Aku sendiri masih tidak faham... Mengapa bila aku mengembirakan orang lain baru aku terasa bahagia??? Jika mereka tersiksa aku turut menderita??? Sungguh aku tak faham isi hati ku ini... 

Tuesday 8 July 2014

Kopiah Untuk Amirul

Assalamualaikum.... Apa khabar Amirul di sana??? Hari tu abang ada beli kopiah untuk Amirul. Tapi abang pakai terlebih dahulu... Sebab, kemana abang pergi, abang nak bawa Amirul sekali... Abang rindu Amirul... Abang selalu bayangkan Amirul disisi, dengan telatah manja mu... keceriaan dirimu... dakapan mu... kucupan di dahi mu... serta gurauan sendamu... Abang ingin merasakan kenakalan mu... tangisan mu... kekecewaan mu... amarah mu... rajuk diri mu... sedih hiba diri mu.... 

Malam demi malam abang cuba bayangkan... Hari demi hari abang cuba merasakannya... Namun, hanya sepi menemani linangan air mata membasahi pipi... Ingin benar abang ketemu dengan Amirul... Tapi kita dah terpisah jauh... Hanya doa sahaja hadiah yang dapat abang sampaikan pada Amirul... Selamat Ulang Tahun Kelahiran Arwah Muhammad Amirul Bin Zulkifli, 7 Julai hari mengembirakan kami sekeluarga... Namun 14 Julai engkau telah pergi tinggalkan kami... Nantikan kami di syurga... Nanti abang bawa Amirul jumpa dengan mereka yang abang anggap sebagai adik abang sendiri... Jika Amirul hidup, mungkin mereka kawan sebaya Amirul... Abang akan jaga mereka dan sayang mereka sepertimana abang ingin sayang dan jaga Amirul...

Friday 20 June 2014

WAHAI ADAM DAN HAWA

Wahai Adam...
Cintailah Hawa
kerana mereka miliki 9 nafsu...
Wahai Adam...
Pimpin lah Hawa
kerana mereka miliki 1 akal...

Wahai Hawa...
Kasihanilah Adam
kerana mereka miliki 1 nafsu...
Wahai Hawa...
Patuhlah Adam
yang menjadi bapa dan suami mu,
kerana mereka miliki 9 akal...

Thursday 12 June 2014

Kenapa Tidak???

Kita jarang menjumpai seseorang yang ingin bersama-sama ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga bersama-sama melangkah memasuki ke Syurga Allah...

Jika suatu ketika dahulu ada perkara tersebut berlaku, namun kini pada zaman yang serba canggih ini telah mengubah corak pemikiran setiap insan, dengan penuh kelekaan dan kelalaian dunia...

Kita sering berkata ' Aku pon belum tentu masuk ke syurga, ini kan pula nk bantu bawak orang lain masuk ke syurga??? '

Apa yang saya ingin bawakan kepada pembaca adalah, bukankah jika kita membawa mereka ke syurga dikira suatu amalan di sisi Allah??? Bukankah ia juga dikira sebagai berdakwah???

Bagaimana  nak membawa orang lain turut sama dengan kita masuk ke syurga??? Bukankah kita ini manusia??? Manusia yang sama ertinya adalah pelupa... Jadi di sini kita perlukan peringatan... Ya KITA... Saya, para pembaca, dan seluruh manusia di muka bumi ini perlukan peringatan...

Telah Allah turunkan al-Quran sebagai panduan... Hadith dan Sunnah sebagai bahan ransangan minda yang lainnya... Kepada mereka yang memiliki ilmu jangan pula kekok atau lokek untuk berkongsi ilmu tersebut...

Apa yang ada pada kita adalah benih nya sahaja... Cambah lah ia, bajalah ia dengan amalan kita dengan lillahita'ala, hanya kerana Allah... Hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak...

Cuba para pembaca bayangkan, seandainya diakhirat nanti kita gagal untuk ke syurga, tapi ada ramai orang yang kita berpesan-pesan tadi telah berjaya ke syurga. Lalu mereka berkata kepada Allah S.W.T ' Ya Allah, sesungguhnya si fulan telah memesan kepada ku agar kembali kepada jalan Mu ya Allah, bantulah dia sepertimana dia telah membantu aku sehingga aku memasuki syurga Mu.'

Kita kena ingat bahawa iman kita akan naik dan akan turun... Disebabkan kesilapan kita sekecil zarah menyebabkan pahala kita diambil oleh mereka yang kita tidak sampaikan peringatan...

Walaupun kita cuba berpesan-pesan kepada mereka di sekeliling kita, adakala di endahkan sementah-mentahnya, adakala pula disambut dengan baik... Maka kita kena bersabar. Kerana Allah sedang menguji kita bahawa adakah kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berpesan-pesan sesama manusia???

Fikir-fikirkan sejenak wahai saudara dan saudari sekalian...

#awakmemangcomel ^_^

~ZAZ~

Thursday 29 May 2014

Hamba kepada .......???

Pepatah India pernah berkata yang bermaksud,

" Sehingga semua pokok di tebang...
  Sehingga semua sungai telah diracuni...
  Sehingga semua ikan ditangkap...
  Ketika itu baru kita sedar...
  Duit kita tak boleh kita makan... "

Zeff (One Piece)  pernah berkata...

" Apa guna harta yang banyak...
  Apabila tiada makanan...
  Boleh kah kita memakan harta tersebut???
  Macam kelakar je bunyi nya...
  Tapi itulah hakikatnya... "

Renungkan seketika....
Allah memberi kita kudrat untuk mencari rezeki...
Allah memberi kita kudrat untuk kita beribadah...
Allah memberi kita kudrat untuk kita bertaubat...
Apakah kita masih lagi menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur???
Alhamdulillah I Am Muslim...
Alhamdulillah segalapuji bagi Allah SWT....

Awak memang comel... ^_^

Wednesday 21 May 2014

Percaya kepada janji Tuhan melapangkan rezeki kepada golongan pemurah

Allah SWT berjanji kepada hamba-Nya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki mereka menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz.
Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada manusia dalam pelbagai bentuk dan cara, sama ada disedari atau tidak mengikut ketetapan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, ayat 39)

Allah SWT berjanji menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, ayat 39)

Harta tidak kurang kerana sedekah

Secara logik, mungkin kita akan berfikir bagaimana harta yang dikeluarkan untuk sedekah tidak akan menyebabkan harta berkurang tetapi Rasulullah SAW bersabda harta seseorang tidak akan berkurang kerana orang itu bersedekah.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hakikatnya, dalam persoalan bersedekah, umat Islam lazimnya memiliki sifat pemurah dalam hidup mereka dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti dilihat dalam kehidupan hari ini.

Ikhlas bersedekah

Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah sama ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih hendak melaksanakan amalan sunat yang amat digalakkan ini.

Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20, surah Fajr yang bermaksud: “Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.”

Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan hati supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT.

Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff, berkata perkara ini sering terjadi disebabkan manusia tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangat untuk berlumba-lumba bersedekah.

“Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Cuba bayangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga RM700,000, sudah tentu ramai orang mahu bersedekah,” katanya.

Jelasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.

“Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menjadi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah,” katanya.

Kelebihan bersedekah

Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.”

“Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ia mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah pinjaman dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan,” katanya.

Allah SWT memberi peringatan kepada manusia supaya bersikap pemurah dengan bersedekah agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang soleh.” (Surah al-Munafikun, ayat 10)


Friday 9 May 2014

10 Pesan Luqman al-Hakim Kepada Anak-anaknya


Pesanan 1 : " Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya adalah Tawakal kepada ALLAH."
Pesanan 2 : " Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga."
Pesanan 3 : " Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."
Pesanan 4 : " Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman."
Pesanan 5 : " Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."
Pesanan 6 : " Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH."
Pesanan 7 : " Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti."
Pesanan 8 : " Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat."
Pesanan 9 : " Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan."
Pesanan 10 : " Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberkan akibat yang berbahaya."

Monday 21 April 2014

Langkah Baru Telah Bermula

4 March 2014 bermulanya perjalanan hidup ku yang baru di bumi Allah di jajahan kawasan orang asing yang tidak aku kenali… Jauh di perantauan meninggalkan desa tercinta, lahir di benak ku kerinduan kepada kedua bonda dan ayahda ku… Jam 1100 aku melangkah dengan berani di bumi asing, demi mencari rezeki yang terbentang luas di bumi ciptaanNya… Ditempatkan aku dikawasan yang terasing, kekok kaki melangkah memulakan dugaan yang baru… Namun semangat aku tidak luntur sebegitu saja… Kerana aku tidak sendirian, diiringi berkat dan doa segala keluarga dan kenalan ku, aku tabah mengharungi segala onak duri ranjau kehidupan… Sarawak… Nama diberi sebuah kawasan jajahan James Brook ketika dahulu… Peninggalan pemerintahannya masih lagi terasa… Pekelompokan penduduk bukti segalanya… Tanah yang sedang membangun seperti dkawasan-kawasan yang lainnya… Sibu… Sebuah Bandar yang membangun sejahtera dan aman… Disini-lah hartanah, khazanah, segala lagi nah nah dihujung perkataan akan ku nilai…


Panjang nyer aku beleter… Sebenarnya nak tunjuk gambar kat bawah ni jer… Hahahax >_< Maaf la kalau tak cantik… Amatur lah katakan….. ^_^







Mana satu tahun kelahiran korang ikut kalendar Cina?

Arnab

Harimau

Seladang

Naga

Ular

Kuda

Kambing


Monyet

Ayam

Anjing

Khinzir

Tikus



Di kelantan ada Pasir Mas, kat sini Tanah Mas >_<

Pasar Besar












Dikatakan bangunan yang tertinggi di Sarawak


Thursday 3 April 2014

9 Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Wednesday 2 April 2014

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Tarikh Keputusan: 
 1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai hukum lelaki memakai emas putih.
Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan :
' Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato" Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%'.
 
Keterangan/Hujah: 
Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki. Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat sebuah cincin dari emas ditangan seseorang, maka Rasulullah s.a.w meragutnya lalu membuangnya lantas bersabda, "Seseorang dari kamu sengaja memegang bara api dari neraka lalu diletakkan ditangannya", lalu Rasulullah meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin, "Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah", Lelaki itupun menjawab dengan tegas, "Tidak, Demi Allah aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar Rasul".
Menurut para Fuqaha" golongan Maliki, bagi kaum lelaki boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua dirham dengan syarat bertujuan mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benada tersebut hukumnya tetap diharamkan bagi mereka (Yunos Ali al-Mudhor: Terjemahan Halal dan Haram dalam Islam).

Sebab-sebab lelaki haram memakai emas:
Maksudnya : Dari Abu Musa, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Emas dan Perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi lelakinya
(Riwayat Nasa"i, Termizi dan Ahmad)
 
Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai emas boleh menjurus kepada dua bahawa : Satu sisi akan menjurus pada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang tidak diperkenankan Islam. Sisi lain akan mengacu kepada kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan penyianyian harta yang tidak sepatutnya oleh kaum lelaki.

Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-lelaki-memakai-emas-putih

Malam

Friday 28 March 2014

Kenapa Kita Perlu Takut?


Kenapa kita ada rasa takut dan gerun akan kehadiran al-Masih al-Dajjal??
Jawapannya cukup mudah, kerana diri kita belum cukup amalan dan ilmu untuk berhadapan dengan Dajjal...
Walaubagaimanapun Rasulullah S.W.T telah meninggalkan petunjuk yang jelas kepada kita... 
Ya... Anda memang bijak. Namun bijak meneka tetapi tidak membaca dan mengamalkan ajaran al-Quran tiada gunanya...
Sebagaimana sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud, ' Beramal tanpa ilmu adalah sesat, Berilmu tanpa amal adalah sia-sia' 

Ia memang merugikan diri dan kitalah jua yang mencampakkan diri ke lembah kehinaan dan neraka...
Saya juga menerima dan tidak menolak pendapat bahawa kita sebagai manusia sering leka, lalai dan sibuk mengejar dunia hingga lupa akan ilmu agama. 
Namun saya menyeru kepada para pembaca agar adakan ruang untuk kita mendalami ilmu agama walaupun sedikit, namun berterusanlah hendaknya mencari ilmu. 
Saya juga mengaku bahawa saya masih kurang ilmu dunia dan akhirat. 
Namun sebagai manusia biasa, saya ingin menasihatkan saudara dan saudari dan mengutarakan sedikit pandangan untuk pengajaran bersama...

Di dalam hal sebegini, Hafallah & Amalkan Al-Kahfi setidak-tidaknya 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
Marilah kita mencari bekalan untuk berhadapan dengan Dajjal, sama ada kita bertemu atau pun tidak suatu hari nanti bukanlah persoalannya. 
Tidak rugi kan jika kita bersedia dan bersiap lebih awal?
Apa yang kita perlu takuti hanya Allah S.W.T. Walaupun kita gerun dan cemas dengan situasi yang berlaku, berpaling lah dari masalah itu dan kembali kepada Allah S.W.T, kerana kepadaNya jualah Maha Pengasih, Maha Kuasa, Maha Penyayang.
Hanya kepadaNya kita menyembah, dan kepadaNya kita meminta pertolongan.

Thursday 27 March 2014

Road Run SMK Taman Jasmin 2 2014

22 Feb yang lalu telah berlangsung kejohanan merentas desa sekitar Hulu Langat... Bekas sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 jua turut tidak ketinggalan untuk mengadakan kejohanan tersebut. Ini sedikit sebanyak memori yang dapat saya rakam... Sebagai maklumat tambahan selama 3 tahun saya bersekolah di situ, rumah Unggu merupakan pasukan yang pertama memenangi road run tersebut pada tahun 2004, di ikuti rumah Hijau pada 2005, kemudian rumah Merah pada 2006. Yang paling bersejarah ialah rumah Merah kerana merupakan rumah sukan pertama SMKTJ2 yang memenangi 2 kejohanan Sukan Sekolah iaitu Road Run & Sukan Sekolah Acara Balapan....



Persiapan sebelum bermulanya larian






































Sempat bergambar sebelum lari...











Senyuman itu sedekah...









Senam dan panaskan badan luu....















Abang kacak bergaya
Haah... lari  cepat.....













Stop.. cop cop jangan amik gambar lagi....


Comei adik adik aku lari tadi hehehe...








Sempat wat piece lagi tuh...






Lagi sorang

































Huh huh huh.... sikit lagi nak tamat...

Ini belari ke control macho???





Sempat lagi kira duit ye bang.... ^_^










Wah... hebat....








Dah selesai rilex sekarang...



Saya pon nak piece juga
















Hurmmm apalah adiah yang aku dapat nanti...










Ok ke tak kamera aku nih??? 
Ada apa usha usha???


Frust aku macam nih....
Ok nah amik sorang satu jangan berebut tau....


































































































































































































Sekian terima kasih ^_^