Nuffnang

Friday, 27 June 2014

Diriku Yang Berdosa


Friday, 20 June 2014

WAHAI ADAM DAN HAWA

Wahai Adam...
Cintailah Hawa
kerana mereka miliki 9 nafsu...
Wahai Adam...
Pimpin lah Hawa
kerana mereka miliki 1 akal...

Wahai Hawa...
Kasihanilah Adam
kerana mereka miliki 1 nafsu...
Wahai Hawa...
Patuhlah Adam
yang menjadi bapa dan suami mu,
kerana mereka miliki 9 akal...

Thursday, 12 June 2014

Kenapa Tidak???

Kita jarang menjumpai seseorang yang ingin bersama-sama ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga bersama-sama melangkah memasuki ke Syurga Allah...

Jika suatu ketika dahulu ada perkara tersebut berlaku, namun kini pada zaman yang serba canggih ini telah mengubah corak pemikiran setiap insan, dengan penuh kelekaan dan kelalaian dunia...

Kita sering berkata ' Aku pon belum tentu masuk ke syurga, ini kan pula nk bantu bawak orang lain masuk ke syurga??? '

Apa yang saya ingin bawakan kepada pembaca adalah, bukankah jika kita membawa mereka ke syurga dikira suatu amalan di sisi Allah??? Bukankah ia juga dikira sebagai berdakwah???

Bagaimana  nak membawa orang lain turut sama dengan kita masuk ke syurga??? Bukankah kita ini manusia??? Manusia yang sama ertinya adalah pelupa... Jadi di sini kita perlukan peringatan... Ya KITA... Saya, para pembaca, dan seluruh manusia di muka bumi ini perlukan peringatan...

Telah Allah turunkan al-Quran sebagai panduan... Hadith dan Sunnah sebagai bahan ransangan minda yang lainnya... Kepada mereka yang memiliki ilmu jangan pula kekok atau lokek untuk berkongsi ilmu tersebut...

Apa yang ada pada kita adalah benih nya sahaja... Cambah lah ia, bajalah ia dengan amalan kita dengan lillahita'ala, hanya kerana Allah... Hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak...

Cuba para pembaca bayangkan, seandainya diakhirat nanti kita gagal untuk ke syurga, tapi ada ramai orang yang kita berpesan-pesan tadi telah berjaya ke syurga. Lalu mereka berkata kepada Allah S.W.T ' Ya Allah, sesungguhnya si fulan telah memesan kepada ku agar kembali kepada jalan Mu ya Allah, bantulah dia sepertimana dia telah membantu aku sehingga aku memasuki syurga Mu.'

Kita kena ingat bahawa iman kita akan naik dan akan turun... Disebabkan kesilapan kita sekecil zarah menyebabkan pahala kita diambil oleh mereka yang kita tidak sampaikan peringatan...

Walaupun kita cuba berpesan-pesan kepada mereka di sekeliling kita, adakala di endahkan sementah-mentahnya, adakala pula disambut dengan baik... Maka kita kena bersabar. Kerana Allah sedang menguji kita bahawa adakah kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berpesan-pesan sesama manusia???

Fikir-fikirkan sejenak wahai saudara dan saudari sekalian...

#awakmemangcomel ^_^

~ZAZ~