Nuffnang
Wednesday, 25 November 2015
Gambaran Hari Kiamat
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org
Wassalam~
Tuesday, 1 September 2015
Soallnya Hati
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratu waridhwanu...
Hati amat sukar untuk dijaga...
Penyakit hati amat hebat melanda umat akhir zaman...
Tak kira siapa pun seseorang itu...
Seorang yang jahil tentang ilmu...
Seorang ustaz alim ulama sekalipun...
Akan dilanda penyakit hati...
Pasti akan tergelincir dengan bisikan hati...
Kerana hati akan mainkan peranannya...
Sama ada membawa kebaikan ataupun keburukan...
Orang yang kuat imannya makin kuat diuji Allah...
Jangan ingat apabila iman kita kuat kita tidak diuji...
Sesungguhnya Allah telah berfirman sepotong ayat didalam al-Quran yang bermaksud, 'adakah kita benar-benar beriman sedangkan kita belum lagi diuji seperti umat terdahulu???'
Tengok jam waktu solat dah hampir, hidupkan enjin motor pergi ke surau...
Lalu dihadapan sebuah rumah terlihat seorang lelaki membasuh kereta lantas hati berbicara, 'aik, dah nak azan pon basuh kereta lagi? Jadilah macam aku nih, pergi surau awal...'
Bukankah itu ujub, walaupun kita menyatakan hanya didalam hati kita...
Inilah penyakit hati orang yang beriman...
Ujub, riak, takabur pasti ada pada setiap insan walaupun sedikit...
Mungkin boleh saya katakan disini, orang yang baik-baik, riak ujub takabur nya didalam hati, berbeza pada mereka yang jahil mungkin tiga sifat itu berlaku secara terang-terangan..
Namun begitu, tidak pula saya meminta agar diri kita tidak menguatkan iman hanya kerana takut dengan ujian yang berat...
Jangan lah pula kita riak dengan menyatakan, 'berat ujian aku, entah-entah iman aku bertambah agaknya...'
Bukankah Allah suka kepada orang yang benar-benar beriman kepadaNya???
Allah ingin menguji kita sejauh mana kebenaran yang ada dalam diri kita walaupun Allah itu sendiri telah mengetahuinya...
Agar dapat kita mempelajari dan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan banyak lagi yang baik-baik untuk diri kita...
Apa yang penting kita berdoa agar ditetapkan hati dengan perkara-perkara yang baik, insyallah...
#awakmemangcomel^_^
Hati amat sukar untuk dijaga...
Penyakit hati amat hebat melanda umat akhir zaman...
Tak kira siapa pun seseorang itu...
Seorang yang jahil tentang ilmu...
Seorang ustaz alim ulama sekalipun...
Akan dilanda penyakit hati...
Pasti akan tergelincir dengan bisikan hati...
Kerana hati akan mainkan peranannya...
Sama ada membawa kebaikan ataupun keburukan...
Orang yang kuat imannya makin kuat diuji Allah...
Jangan ingat apabila iman kita kuat kita tidak diuji...
Sesungguhnya Allah telah berfirman sepotong ayat didalam al-Quran yang bermaksud, 'adakah kita benar-benar beriman sedangkan kita belum lagi diuji seperti umat terdahulu???'
Tengok jam waktu solat dah hampir, hidupkan enjin motor pergi ke surau...
Lalu dihadapan sebuah rumah terlihat seorang lelaki membasuh kereta lantas hati berbicara, 'aik, dah nak azan pon basuh kereta lagi? Jadilah macam aku nih, pergi surau awal...'
Bukankah itu ujub, walaupun kita menyatakan hanya didalam hati kita...
Inilah penyakit hati orang yang beriman...
Ujub, riak, takabur pasti ada pada setiap insan walaupun sedikit...
Mungkin boleh saya katakan disini, orang yang baik-baik, riak ujub takabur nya didalam hati, berbeza pada mereka yang jahil mungkin tiga sifat itu berlaku secara terang-terangan..
Namun begitu, tidak pula saya meminta agar diri kita tidak menguatkan iman hanya kerana takut dengan ujian yang berat...
Jangan lah pula kita riak dengan menyatakan, 'berat ujian aku, entah-entah iman aku bertambah agaknya...'
Bukankah Allah suka kepada orang yang benar-benar beriman kepadaNya???
Allah ingin menguji kita sejauh mana kebenaran yang ada dalam diri kita walaupun Allah itu sendiri telah mengetahuinya...
Agar dapat kita mempelajari dan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan banyak lagi yang baik-baik untuk diri kita...
Apa yang penting kita berdoa agar ditetapkan hati dengan perkara-perkara yang baik, insyallah...
#awakmemangcomel^_^
Friday, 5 June 2015
Indahnya Masa Kecil Tanpa Gadget
Assalamualaikum... Haa tak ramai yang melalui zaman seperti ini... Saya sempat membesar dengan zaman ini... Cukup indah nak-nak lagi main kusyen... Kenang kembali zaman dulu...
Gula-gula ni x manis tapi di tambah dengan gula halus menambah rasa manis manis buah
Kereta bayi zaman dulu... Cukup jauh perbezaannya...
Yang saya pernah buat.. Basuh kasut, sumbat surat khabar, letak bawah peti ais... Cepat kering... mungkin ada dalam kalangan pelajar sekarang masih guna cara ini...
Gula gula pembalut tisu atau kertas... Murah jer...
Gula-gula yang popular dan paling mahal antara gula-gula yang lain...
Susu yang sering digunakan ketika dahulu... Sekarang da macam-macam brand susu...
Permainan zaman sekolah... Sekolah rendah biasa lah main benda nih...
Ini lah laman sosial kami ketika dahulu... Mane yang berkenan, pos kan aje surat
Sekarang tak dapat da nak minum air berkarbonat guna botol kaca...
Iqra' yang pernah digunakan ketika saya waktu kecil... Macam nila rupanya...
Yang ni membuat kan kepala saya diketuk emak saya sendiri... Tak habis-habis menyanyi depan kipas... Sebab dia bergema...
Ais-krim yang menjadi kegilaan budak sekolah... Sekarang masih ada...
Budak yang lahir zaman 1991 dan sebelumnyer dapat merasa sebab tahun 2000 tahun terakhir menggunaknnya...
Perubahan pondok talipon.. Saya hanya tak sempat guna yang pertama tu jer... Tapi pernah juga lah guna talipon yang putar nombor tu...
Zaman sekolah benda nih pompuan je ramai buat.. Da beli bertukar tukar ngan kawan... Ada yang bagi pakwe... Saya beli pelekat... Buat pon gamba Digimon...
Guli merupakan permainan petang-petang yang sering bersilih ganti dengan gasing... Sekaranag budak main bola jer tau...
Ini permainan perempuan... Mana yang tak cukup duit nak beli anak patung, pergi kedai beli benda ni... Di perbuat dari kad keras dibentuk dan di lukis bermacam rupa dan pakaian... Biasa dijual 1 buku berhalaman 10 keping yang memiliki pelbagai model dan perhiasan...
Baling selipar masih dimain sehingga sekarang ini oleh budak sekolah rendah... Permainan tak lapok dek zaman.. Tapi permainan ini bermusim silih berganti dengan teng-teng...
Ini buat nenek dan mak kat umah mengamok tiap malam minggu... Da tak de kerja, macam ni lah jadi nyer... Susun buat rumah atau benteng, lepas tu main perang perang...
Permainan yang digemari permainan baling tin... Mat saleh tiru corak permainan ini dan menamakan permainan tersebut sebagai boling yang hangpa dok main sekarang nih...
Permainan rebut tiang kebiasaannya dimainkan ketika waktu rehat bagi kebanyakan pelajar perempuan dan sebahagian pelajar lelaki... Namun kebanyankan pelajar lelaki lebih gemar bermain perang lastik kertas...
Bedil merupakan permainan petang-petang yang memerlukan ramai anggota menubuhkan 1 pasukan perang... Jika dahulu, saya sering bertempur ngan kampong seberang dan kawan-kawan sekolah...
Datok harimau merupakan permainan paling berdebar... Almaklumlah budak-budak mana nak kene tangkap kan...
Galah panjang merupakan permainan stratergi yang perlu melepasi barisan pertahanan lawan tanpa disentuh... Permulaannya perlu ke hadapan sebelum berpatah balik... Jika seorang melepasi kesemuanya setelah berpatah balik, 1 mata dikira...
Permainan kereta sorong sering dimainkan... Seperti yang anda dapat lihat... Permain ini boleh dimainkan suka-suka ataupun satu perlumbaan..
Konda kondi merupkan permainan kekuatan... 2 batang kayu diperlukan dan 1 lubang... Cara permainan ini boleh di lihat pada gambar tersebut...
Ceper masih popular sehingga kini walau pon agak sukar menemuinya kerana tidak banyak penutup botol kaca dapat kita ketemu pada masa kini melain kan sesetengah penutup botol kicap...
#awakmemangcomel^_^
Thursday, 21 May 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)