Nuffnang

Monday, 21 April 2014

Langkah Baru Telah Bermula

4 March 2014 bermulanya perjalanan hidup ku yang baru di bumi Allah di jajahan kawasan orang asing yang tidak aku kenali… Jauh di perantauan meninggalkan desa tercinta, lahir di benak ku kerinduan kepada kedua bonda dan ayahda ku… Jam 1100 aku melangkah dengan berani di bumi asing, demi mencari rezeki yang terbentang luas di bumi ciptaanNya… Ditempatkan aku dikawasan yang terasing, kekok kaki melangkah memulakan dugaan yang baru… Namun semangat aku tidak luntur sebegitu saja… Kerana aku tidak sendirian, diiringi berkat dan doa segala keluarga dan kenalan ku, aku tabah mengharungi segala onak duri ranjau kehidupan… Sarawak… Nama diberi sebuah kawasan jajahan James Brook ketika dahulu… Peninggalan pemerintahannya masih lagi terasa… Pekelompokan penduduk bukti segalanya… Tanah yang sedang membangun seperti dkawasan-kawasan yang lainnya… Sibu… Sebuah Bandar yang membangun sejahtera dan aman… Disini-lah hartanah, khazanah, segala lagi nah nah dihujung perkataan akan ku nilai…


Panjang nyer aku beleter… Sebenarnya nak tunjuk gambar kat bawah ni jer… Hahahax >_< Maaf la kalau tak cantik… Amatur lah katakan….. ^_^







Mana satu tahun kelahiran korang ikut kalendar Cina?

Arnab

Harimau

Seladang

Naga

Ular

Kuda

Kambing


Monyet

Ayam

Anjing

Khinzir

Tikus



Di kelantan ada Pasir Mas, kat sini Tanah Mas >_<

Pasar Besar












Dikatakan bangunan yang tertinggi di Sarawak


Thursday, 3 April 2014

9 Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Wednesday, 2 April 2014

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Tarikh Keputusan: 
 1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai hukum lelaki memakai emas putih.
Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan :
' Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato" Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%'.
 
Keterangan/Hujah: 
Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki. Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat sebuah cincin dari emas ditangan seseorang, maka Rasulullah s.a.w meragutnya lalu membuangnya lantas bersabda, "Seseorang dari kamu sengaja memegang bara api dari neraka lalu diletakkan ditangannya", lalu Rasulullah meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin, "Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah", Lelaki itupun menjawab dengan tegas, "Tidak, Demi Allah aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar Rasul".
Menurut para Fuqaha" golongan Maliki, bagi kaum lelaki boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua dirham dengan syarat bertujuan mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benada tersebut hukumnya tetap diharamkan bagi mereka (Yunos Ali al-Mudhor: Terjemahan Halal dan Haram dalam Islam).

Sebab-sebab lelaki haram memakai emas:
Maksudnya : Dari Abu Musa, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Emas dan Perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi lelakinya
(Riwayat Nasa"i, Termizi dan Ahmad)
 
Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai emas boleh menjurus kepada dua bahawa : Satu sisi akan menjurus pada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang tidak diperkenankan Islam. Sisi lain akan mengacu kepada kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan penyianyian harta yang tidak sepatutnya oleh kaum lelaki.

Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-lelaki-memakai-emas-putih

Malam