Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai,
Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian
hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat
Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam
berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah
keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut
alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini
saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi
dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk
berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan
menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.
Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin
bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana
pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka
akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi
dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat.
Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka
berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan
membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. Katanya dengan
menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin
betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat
manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan
manusia kerana mereka juga dari benih manusia.
Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari
percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka
sehingga diheret ke neraka kelak. Kata Azan kepada saya, “Wahai ahli bai’at
(gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia
sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani
hinggalah mencapai usia 20 tahun. Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti
sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4
tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan
dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat
ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak
kepada si pelaku onani tadi.”
“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa
yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan
tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan
oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan
tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui
kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang
Azan lagi.
Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya
termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di
Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh
bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak
dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan
banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan
bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.
Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini
bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga
dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar
Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah
lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat
agama.
Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi
sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin
juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada
anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.
Firman Allah :
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada
(balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38)
“Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari
(kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan
disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya,
sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
No comments:
Post a Comment