Nuffnang
Friday, 28 March 2014
Kenapa Kita Perlu Takut?
Kenapa kita ada rasa takut dan gerun akan kehadiran al-Masih al-Dajjal??
Jawapannya cukup mudah, kerana diri kita belum cukup amalan dan ilmu untuk berhadapan dengan Dajjal...
Walaubagaimanapun Rasulullah S.W.T telah meninggalkan petunjuk yang jelas kepada kita...
Ya... Anda memang bijak. Namun bijak meneka tetapi tidak membaca dan mengamalkan ajaran al-Quran tiada gunanya...
Sebagaimana sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud, ' Beramal tanpa ilmu adalah sesat, Berilmu tanpa amal adalah sia-sia'
Ia memang merugikan diri dan kitalah jua yang mencampakkan diri ke lembah kehinaan dan neraka...
Saya juga menerima dan tidak menolak pendapat bahawa kita sebagai manusia sering leka, lalai dan sibuk mengejar dunia hingga lupa akan ilmu agama.
Namun saya menyeru kepada para pembaca agar adakan ruang untuk kita mendalami ilmu agama walaupun sedikit, namun berterusanlah hendaknya mencari ilmu.
Saya juga mengaku bahawa saya masih kurang ilmu dunia dan akhirat.
Namun sebagai manusia biasa, saya ingin menasihatkan saudara dan saudari dan mengutarakan sedikit pandangan untuk pengajaran bersama...
Di dalam hal sebegini, Hafallah & Amalkan Al-Kahfi setidak-tidaknya 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
Marilah kita mencari bekalan untuk berhadapan dengan Dajjal, sama ada kita bertemu atau pun tidak suatu hari nanti bukanlah persoalannya.
Tidak rugi kan jika kita bersedia dan bersiap lebih awal?
Apa yang kita perlu takuti hanya Allah S.W.T. Walaupun kita gerun dan cemas dengan situasi yang berlaku, berpaling lah dari masalah itu dan kembali kepada Allah S.W.T, kerana kepadaNya jualah Maha Pengasih, Maha Kuasa, Maha Penyayang.
Hanya kepadaNya kita menyembah, dan kepadaNya kita meminta pertolongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment