
Beliau anak ke tiga dari lima orang adik beradik yang
memiliki seorang abang, seorang kakak dan dua orang adik lelaki bagaimanapun,
abang dan dua orang adiknya terlebih dahulu pergi sejak kecil. Kini mereka dua
beradik hidup terasing dimana kakak nya bekerja jauh dari rumah ke dua orang
tuanya.
Februari merupakan bulan teristimewa buat dirinya. Buat pertama
kalinya belau jatuh cinta dan memiliki pasangan cinta. Cinta Monyet dikatakan
berlaku pada usia remaja. Mereka lalui setiap hari dengan indah. Sehingga satu
hari mereka terpisah kerana beliau berpindah ke Port Dickson meninggalkan kekasih
pertamanya di Kajang. Hidup di ranjau orang jauh dari ibu bapa dan kekasih hati
adalah pilihannya tekad untuk berubah. Namun hari tidak selalunya cerah hingga
ke petang. Pabila hujan membadai di tengah hari. Laut bergelora menghanyut kan
dua jiwa terpisah lebih jauh tanpa dapat diselamatkan kembali ke bahtera cinta.
Hidup dirinya kembali sunyi tanpa peneman di hati.

Dari hari ke hari, minggu keminggu, bulan ke bulan, tahun ke
tahun beliau masih menanti kekasihnya kembali tanpa jemu, tanpa lesu walaupun enam puluh enam purnama menanti, masih tidak
menerima pengganti cinta di hati. Terdetik pada hatinya. Sampai bila harus
begini? Terasa merendah diri bahawa tiada yang sudi akan dirinya. Pada hakikatnya,
beliau takut untuk bercinta dan di lukai sekali lagi.
No comments:
Post a Comment