Nuffnang

Saturday, 22 December 2012

Kebodohan Ahli Matematik Barat


Aku bukan bagus sangat bab matematik nih... Tapi aku masih lagi boleh mengira tanda tanda kiamat yang masih belum berlaku. Matahari terbit belah barat, orang Islam menang perang dengan orang Kafir, kalahiran Imam Mahdi, Turun nya Nabi Isa A.S, hadir nya Dajjal dan beberapa lagi bilangan tanda kiamat yang masih belum wujud. Aku ambil satu contoh la pengiraannya satu pon cukup lah, tapi aku ni bukan hebat sangat macam ahli matematik kafir tuh...

Contoh nya kemenangan peperangan Orang Islam terhadap Orang Kafir misalnya. Siapa boleh kira berapa hari lagi untuk kita mula berperang (perang yang dimaksudkan peperangan yang besar)? Jika ada orang dapat kira berapa hari lagi kita akan berperang, kirakan pula berapa hari peperangan itu berlarutan. Jika ada sesiapa yang dapat mengiranya, baru satu tanda yang timbul dan masih ada lagi beberapa tanda yang belum timbul.

Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah sehebat mana pun kita mengira, ingat bahawa Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Jangan menggunakan kebijaksanaan itu menentang kekuasaan Allah S.W.T kerana ia akan menunjuk kan diri kita adalah manusia yang paling rendah martabat ilmunya.

No comments:

Post a Comment