Nuffnang

Friday 28 December 2012

Renungan Jumaat

Kisah Benar Yakuza Peluk Islam dan Menjadi Imam,  di Jepun terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang Imam dan dikatakan merupakan bekas Mafia atau Yakuza di Jepun. Maka beruntunglah kepada sesiapa yang menerima hidayah Allah. Menerima hidayah Allah merupakan salah satu nikmat yang tidak terhingga diberikan kepada hambaNya. Samalah juga seperti kita yang beragama Islam, dilahirkan sebagai Islam merupakan nikmat yang paling besar.


Sebelum ini dikatakan dia merupakan seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui dakwah saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk membuat Haji. Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menimba ilmu agama Islam di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo.
Sedikit maklumat informasi tentang penganut agama Islam di negara matahari terbit iaitu negara Jepun ni:
Populasi di Jepun: 127,000,000 orang
Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000 orang
Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300 orang
Jumlah imam Jepun di Jepun: 5 orang
Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1 orang

Bayangkan, dalam jumlah yang sangat ramai dan umat Islam adalah golongan minoriti, seorang Yakuza telah memeluk agama Islam dan menjadi seorang Imam. Syukur alhamdulillah. Kalau dulu sebelum ini dia tidak mengenal Islam secara lebih mendalam, tetapi kini ilmunya lebih tinggi berbanding kita. Oleh kerana itulah kita tidak boleh memandang rendah, dan memandang hina terhadap orang lain. Kelak orang tersebut menjadi lebih hebat dari kita. Namun tentang Mafia Jepun itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment