Sekarang ini di laman-laman blog sedang kecoh
memperkatakan tentang Malaysia bakal menerima kehadiran penyanyi yang kini
hangat di dunia dengan
lagunya Oppa
Gangnam Style iaitu PSY. Kehadiran ke Malaysia adalah
bertujuan membuat persembahan sempena sambutan perayaan sambutan tahun baru Cina
yang bakal diadakan pada 11 Februari ini di Pulau Pinang. Pada mulanya ia sebagai satu khabar angin, namun setelah mendapat maklumat dari
laman web media kerajaan
iaitu RTM, maka ternyata benar PSY bakal bertandang ke Malaysia.
Bagaimanapun, segelintir masyarakat beranggapan, jemputan beliau ke Malaysia dianggap membazir kerana
ia menelan kos yang terlalu tinggi.
Kuala Lumpur – Dijangka Psy penyanyi popular “Gangnam Style” yang mencetus fenomena di seluruh dunia akan mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari ini.
Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diadakan di
padang sekolah Han Chiang ini dijangkakan dihadiri lebih 60 ribu tetamu termasuk Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini Psy turut pernah membuat persembahan
di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Rumah terbuka tersebut dijangka bermula dari jam
10 pagi sehingga 1 petang.
No comments:
Post a Comment