Tidak ramai yang tahu tentang kisah sebenar seorang banduan yang dikenali sebagai banduan 650
ini. Namun coretan perjalanan hidupnya cukup menyedihkan kerana dirinya telah
dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Seorang yang berpendidikan tinggi dan
merupakan seorang hafizah al-Quran dan sudah mempunyai anak.
Namun tiba-tiba diri dan anak-anaknya hilang. Wanita yang dikenali sebagai Dr Aafia ini sebenarnya telah dipenjarakan malah turut
diseksa dan dirogol. Ya Allah, kejamnya mereka!
Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima
panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis
bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu lelakinya masih
hilang, dan
anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali
dengan redha Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?
“Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!”
(Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku
Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui
isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata
pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk:
tausyah.wordpress.com )
Siapakah Aafia?
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan
menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang
mempunyai PHD
dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah
kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang
hafizah al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita
barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya
selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang
berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui
namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang
dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita
tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley
seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan
tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa
yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari
2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan
Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama
skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol
setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita.
Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh
dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat
meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya
selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan
beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan
membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.
Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan
tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan
bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar
Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York,
dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan
penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara
yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun
selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk
berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa
beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus
kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia
menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan
Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk
saudari seIslam kita ini.
Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan
yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan
tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati
di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah
mati syahid.
“Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi.
Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin.”
No comments:
Post a Comment