Pada
suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung.
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang
berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau
perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk
wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya.
Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya
pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari
dalam “Silakan masuk”.
Perempuan
cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya
berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya
agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah
dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya
takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!”
desak Nabi Musa.
Maka
perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."
Kepala
Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari
perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik
lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa
berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi
kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana
perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan
berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera
bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu
harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi
kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain
bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat
perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun
mendatangi Nabi Musa.
Jibril
lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat
dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi
Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan
pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada
Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!”
jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih
besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar
penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya
kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal
adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu
atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah
menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan
orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan
maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu
berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Malah
dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)
Dalam
hadis Nabi s.a.w. disebutkan:
“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya
dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan
bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan
bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia
mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub
adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari
di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
Sujudlah kepadaNya tanpa alasan
Al-Ghazzali
berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi
Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang
itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100
orang kafir.”
Ahmad bin
Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang,
tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih
baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”
Demikianlah
kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada
kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
No comments:
Post a Comment