Memang tidak dinafikan, ada segelintir manusia ini memang
tidak suka melihat kebahagaian , kesenangan orang lain. Jika sudah menyimpan perasaan hasad
dengki itu, memang akan ada sahaja yang seseorang itu akan cuba
lakukan sampailah sesuatu perkara itu akan musnah. Saya ingin berkongsi
dengan anda tentang tiga orang budak
hitam yang hidup sebagai sahabat. Namun di pengakhiran cerita,
rupa-rupanya salah seorang daripada mereka menyimpan perasaan dengki
terhadap orang lain. Ikuti kisah di bawah ini.
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas
pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang
sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup
rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan
tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari
mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang
amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata ”
Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung
dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan
menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini..
Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu”
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut
tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan
mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, ” Pintalah!” Budak hitam
pertama pun berkata . “Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik”
Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun
berkata kepada budak hitam kedua,”Pintalah!”.
Budak hitam kedua pun berkata .” Tukarkanlah aku
menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang
pertama”. Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik
lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada budak
hitam ketiga, “Pintalah!”. Budak hitam ketiga pun berkata .”Tukarkanlah aku
menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang
pertama dan kedua”.
Jin pun berkata. ” Tidak, permintaan itu tidak
dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain…” Budak hitam ketiga kehairanan dan
terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun
berkata ” Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu”
Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin
pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak
memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali
bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari
mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat
nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya
merugikan manusia sendiri.
No comments:
Post a Comment