7 Keajaiban selepas menangis

 
7 keajaiban selepas anda menangis. Ramai orang tahu selepas menangis 
memang akan rasa lega. Yelah, menangis itukan salah satu cara meluahkan 
perasaan yang terpendam. Menangis pun ada beberapa kategori yang 
tersendiri, antaranya; menangis kerana sedih, menangis kerana gembira, 
menangis kerana lakonan, dan sebagainya. Pokoknya, menangis keluar air 
mata. Aiwah!
 
 Namun tahukan anda terdapat 7 keajaiban selepas 
anda menangis. Apa yang ingin Admin kongsikan adalah berdasarkan kajian 
pakar. Di bawah Admin senaraikan yang boleh anda perolehi setelah 
menangis dan berair mata.
 
 
 1. Membantu Penglihatan.
 Air
 mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu
 sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yng
 boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
 
 2. Membunuh Bakteria.
 Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai 
antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang 
disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus 
bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan 
tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5
 minit.
 
 3. Meningkatkan Mood.
 Seseorang yang menangis boleh
 menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan 
menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana 
emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam 
meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan 
dari iritasi mata.
 
 4. Mengeluarkan Racun.
 Seorang ahli 
biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata 
dan mendapati bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana
 emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, 
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun 
daripada dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
 
 5. Mengurangkan Stress.
 Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga 
mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin 
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air 
mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress
 seperti tekanan darah tinggi.
 
 6. Membangun Komuniti.
 
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu 
seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah 
menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang 
boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan 
berkomunikasi dan juga bersosial.
 
 7. Melegakan Perasaan.
 
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam
 masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul 
perasaan lega dan tenang.
 
 Setelah menangis, sistem limbik, otak
 dan jantung akan menjadi lancar, oleh sebab itu menangis dapat 
membuatkan seseorang berasa lebih baik, selesa dan lega. Keluarkanlah 
masalah di fikiran Anda semasa menangis, jangan dipendam kerana anda 
boleh menangis sepuas-puasnya!
 
 Pesan Admin: Tak salah nak 
menangis, tapi kenalah pada tempatnya, ini tetiba menangis takde sebab 
nanti orang pandang semacam pula. Satu lagi, tak perlu menggunakan 
tangisan air mata untuk mendapat simpati orang lain. Menangis atau 
tangisi atas kesalahan dan dosa di atas tikar sejadah antara kita dan 
Allah itu lebih baik. Wallahua’lam.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
oooooo macam tuuuuuuuu. style2..
ReplyDelete