Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan
kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh darinNya. Semuanya berlaku
kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk
kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata.
Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus
cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita
kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih.
Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia
yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah
Azzawajalla.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda
merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda
sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha'
dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh
itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah
kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan
bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata
kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi
No comments:
Post a Comment