Menjadi trend pada masa sekarang setiap remaja memiliki sekurang-kurangnya seorang adik, abang, atau kakak angkat. Tetapi apa bezanya bagi golongan lelaki yang mempunyai adik angkat perempuan dan kekasih, atau kekasih? o.O agak mengelirukan motif disebalik perhubungan tersebut.
Seperti kebiasaannya golongan remaja sentiasa terikut-ikut perubahan dan peredaran zaman yang mempengaruhi persekitaran mereka. Bagi seorang lelaki yang mempunyai kekasih dan adik angkat perempuan, seolah-olah membahagi kasih kepada dua orang perempuan yang hanya dibezakan status perempuan itu sahaja. Jika pergaduhan antara kekasih dengan adik angkat perempuan, mungkin menjadi kebiasaan bagi kita kerana perempuan tidak sanggup berkongsi kasih. Tetapi agak ganjal juga jika mereka berbaik-baik.
Namun tiada kisah-lah kiranya adik angkat itu akan menggantikan tempat kekasih abang angkatnya itu. Dalam erti kata lain statusnya telah beralih badan. Kebiasaan yang kita lihat perempuan seringkali ada seorang adik angkat sama ada seorang lelaki ataupun sesama jantina. Namun, apa pula pandangan korang jika lelaki mempunyai adik angkat seorang lelaki? Ada yang beranggapan pelik seolah-olah mereka itu homoseksual. Namun tidak semestinya itu benar ataupun salah. Asalkan nawaitu yang betul, bijak dalam segala urusan perkongsiaan hidup sesama manusia amat penting bagi mengimbangi ketidak stabilan kehidupan di dunia ini.
No comments:
Post a Comment