Ujian itu ibarat penyakit, ia memerlukan masa untuk sembuh. Barang siapa yang terburu-buru untuk membuangnya, maka tubuhnya akan semakin lemah dan semakin parah. Demi kian pula dengan musibah dan ujian, ia memerlukan masa untuk hilang bersama bekas-bekasnya. Oleh itu kewajipan bagi seseorang itu adalah bersabar menunggunya jalan keluar dan sentiasa berdoa.
Ujian yang selalu mendatangi diri kita sama ada susah mahupun senang, nyata mahupun tidak nyata itu perlu ditempuhi oleh kita. Kita perlu bijak mencari jalan keluar dan bersabar untuk menemuinya. Namun jika kita pilih untuk lari dari ujian tersebut, maka seumpama kita memilih untuk membunuh diri kita sendiri.
Ujian atau permasalahan yang kita lalui perlu diselesaikan dan bukannya lari dari masalah tersebut. Kerana masalah yang belum selesai sentiasa menghantui kita kembali. Walaupun jauh kita berlari, akan ada suatu hari nanti kita akan kembali kepada ujian tersebut.
Oleh sebab itu kita perlu bijak menyelesaikan, menangani, dan menempuhi ujian dan masalah itu dengan kesabaran walaupun ia memakan masa yang panjang, walaupun ia menghalang niat kita. Kita tidak perlu tewas jika niat kita itu tulus dan suci. Kerana, Allah tidak akan menjadikan sesuatu masalah itu jika tiada jalan penyelesaiannya kecuali MATI, namun MATI itu adalah suatu ujian yang diberi oleh Allah untuk ditempuhi setiap kehidupan. Ujian itu dijadikan sebagai jalan untuk kita mencapai hajat niat kita kerana kita akan melalui suatu proses pematangan diri.
No comments:
Post a Comment