Sebagai seorang pemimpin,
sikap sentiasa turun padang melihat kehidupan rakyat merupakan
antara satu tanggungjawab yang perlu dilakukan. Ia juga turut dilakukan oleh
para khalifah terdahulu antaranya seperti Khalifah Umar. Pada suatu ketika,
ketika khalifah
Umar sedang membuat rondaan, dia terkejut apabila seorang wanita didapati
sedang memasak
batu dalam sebuah periuk. Umar mendekatinya dan bertanyakan
tentang perihal apa yang dilakukannya.
Cerita seorang ibu yang terpaksa merebus batu di
dalam periuknya agar anak-anaknya memikirkan yang ibu mereka sedang memasak
sesuatu makanan untuk mereka dan hanya perlu sabar dan tunggu masakan itu siap.
Seperti ceritanya, Saidina Umar ra adalah seorang Khalifah yang terunggul
seperti juga sahabat-sahabatnya yang lain seperti Saidina Abu Bakar As-Sidiq
ra, Saidina Uthman Affan ra dan Saidina Ali kja.
Saidina Umar ra sedang membuat rondaan malamnya
di sekililing kota dan agak hairannya mengapa si ibu ini sedang merebus batu dalam
periuknya? Adakah batu itu boleh dimakan?Apabila bertanya pada
si ibu itu maka barulah Saidina Umar ra ketahui yang ibu itu hidup dalam
kemiskinan dan tiada duit untuk membeli makanan untuk anak-anaknya yang ramai
dan memerlukan itu! Maka, Saidina Umar ra amat sedih dan dukacita kerana dia
sebagai Khalifah tidak prihatin akan nasib rakyatnya yang hidup miskin
walhal ramai rakyat di negara itu ada yang hidup mewah dan makanan sentiasa ada
untuk dimakan dan diminum.
Dengan spontan Saidina Umar ra terus ke Baitulmal
dan mohon diberi
makanan seperti gandum untuk si ibu ini dengan segera. Saidina
Umar ra sendiri ingin memikul guni gandum itu dan tidak membenarkan pegawainya
untuk berbuat demikian kerana itu adalah tanggung jawabnya sendiri yang beliau
rasa perlu penglibatan dan komitmennya. Sampai ke rumah ibu itu, Saidina Umar ra pun bantu
memasak dan menyediakan makanan dari gandum itu mungkin dibuat roti2 dan
apabila siap, Saidina Umar ra mengajak anak-anak si ibu itu
untuk makan dan kenyangkan perut2 lapar mereka.
Ini adalah suatu pengajaran pada kita semua terutama
sebagai pemimpin-pemimpin atau Ahli Parlimen atau ADUN dimana kita perlu
prihatin akan nasib rakyat2 kita supaya mereka mendapat jagaan, layanan dan
kasih sayang dari kita setiap masa supaya tiada suara keluarga yang hidup
kelaparan, tiada rumah tempat tinggal dan tiada pertolongan untuk mereka yang
miskin, sengsara dan yang daif atau perlu bantuan segera.
Al-Quran dan Hadis2 Nabi Muhammad saw adalah
rujukan yang terbaik pada Umat Islam keseluruhannya dan kita perlu yakin akan
kebenaran Al-Quran dan Hadis2 yang banyak mengajar kita cara kehidupan yang
terbaik dan mulia seperti Rasullullah saw buktikan dengan cara kepimpinannya serta
cara hidup Baginda saw yang penuh kesederhanaan hingga kadang2 sangat
menyedihkan dimana Rasullullah saw lebih suka melihat umatnya
bahagia dan dibelai dari apa yang Baginda saw ada kerana itulah Rasullullah
saw, hamba Allah SWT yang terpuji dan disayangi oleh Allah SWT sepenuh2nya.
Khalifah-khalifah Islam seperti Saidina Abu Bakar
ra, Saidina Umar ra, Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kja semua mendapat
didikan, tunjuk ajar dari Nabi Muhammad saw dan dengan “coach” dan hidup
berjemaah mereka setiap masa dengan Nabi Muhammad saw mereka juga mewarisi
sifat2 dan budi pekerti mulia seperti Rasullulah saw. Alhamdulillah.
Dalam era 1432 hijrah ini dan seterusnya, semoga
Umat Islam akan menjiwai budi pekerti dan “leadership qualities” seperti Saidina Umar ra dan
Rakyat jelata mendapat hidup penuh kasih sayang, dijagai,
dibantu dan dipupuk dengan nilai2 murni serta sentiasa bekerja keras serta
berdoa pada Allah SWT untuk mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT.
InshaAllah.
No comments:
Post a Comment