Nuffnang
Thursday, 29 November 2012
Semoga Anda Menjadi Lebih Baik
Dalam kitab karangan Imam Sayuti berjudul al-Faroj fil Faroj (Harum Semerbak Dalam Kebahagiaan), beliau menyebut ungkapan ulama yang kesimpulannya adalah bahawa perkara-perkara yang di sukai kebanyakan terdapat pada sesuatu yang terasa pahit, dan sering musibah-musibah itu justeru menimbulkan keajaiban-keajaiban dan kesenangan-kesenangan yang biasanya tidak di sedari seseorang, kecuali setelah semuanya tersingkap dengan jelas.
Tuesday, 27 November 2012
Erti Teman Sejati
Ketika anda mendapatkan manfaat dari persahabatan dan merasa bahagia dengan persahabatan anda, maka itulah kebahagian tersendiri buat diri anda.
'Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan, selain perlindunganNya adalah...' dua orang yang saling mencintai kerana Allah, saling berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya.(al-Hadith)
Hadith tersebut menerangkan betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita sesama manusia dan hidupan lain di alam ini. Jika kita menjaga cinta kita kerana Allah, jika kita bercinta hanya kerana Allah, maka kita dilindungi dari azabNya.
Monday, 26 November 2012
Rahsia Ketenangan Jiwa
DALAM menjalani kehidupan penuh cabaran dan
tekanan, tidak dinafikan bahawa aspek kesihatan memainkan peranan penting bagi
memastikan seseorang itu tabah dalam meneruskan kehidupan penuh ranjau dan
pancaroba ini.
Kesihatan fizikal sememangnya diperlukan bagi menjamin kelangsungan
hidup tetapi selain fizikal, aspek lebih penting bagi manusia melepasi satu
persatu dugaan mendatang ialah ketahanan mental.
Ketenangan jiwa dan kemantapan mental menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk meneruskan hidup secara positif.
Cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:
“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan. Malah, tips atau petua menjaga kesihatan juga turut disertakan dalam ajaran Islam.
Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.
Petua dan tip kesihatan yang banyak terdapat dalam al-Quran, hadis, sunnah dan kisah sahabat merupakan yang terbaik untuk diamalkan dalam menjalani kehidupan.
Berzikir dapat menguatkan diri kita. Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar); masing-masing 33 kali setiap kali, pada setiap hari.
Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan baginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir.
Kalimah ini sebenarnya menguatkan jasad kita.
Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti bersolat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuan dengan reda malah berzikir yang ampuh harus diiringi sabar dan syukur.
Kepentingan amalan kerohanian dalam menjamin kehidupan yang damai dan tenang sememangnya terbukti berkesan dan menjadi amalan wajib ulama muktabar. Imam Nawawi RA misalnya sentiasa mengamalkan zikir dari waktu subuh sehingga duha dan apabila ada pihak bertanya, beliau mengatakan bahawa zikir itu adalah makanan kerohaniannya.
Kesihatan fizikal adalah amat penting, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
Seperti juga petua menjaga kerohanian, Islam turut memberikan tip memantapkan kesihatan fizikal terutama menerusi sunnah Rasulullah seperti ketika berhadapan dengan makanan yang wajar sekali diteladani manusia.
Rasulullah SAW sebagai contoh, baginda makan tidak banyak dan mengamalkan makan apabila benar-benar lapar tetapi berhenti sebelum kenyang. Jika hendak diikutkan logik, pasti tubuh Rasulullah kecil tetapi tubuh baginda besar dan tegap. Ulama mengatakan antara faktornya adalah makanan zikir yang diamalkan Rasulullah menyebabkan tubuh baginda menjadi kuat.
FAKTA
Tip kesihatan cara Rasulullah
Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.
Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.
Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.
Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.
Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.
Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Sunday, 25 November 2012
Bisikan
Apabila kita keluar dari rumah , tiba-tiba hati kita mengeluarkan rasa ragu-ragu , sama ada rumah sudah dikunci ke belum ? . Apabila kita kembali periksa , ia didapati pintu rumah tidak dikunci.
Tiba-tiba dalam hati kita akan ujud perasaan ingin menghubungi dengan seseorang , apabila kita cari telepon bimbit baru kita sedar telepon bimbit sudah tertinggal dalam kereta atau rumah.
Tiba-tiba dalam hati kita akan ujud perasaan ingin menghubungi dengan seseorang , tiba-tiba telepon kita berbunyi . Apabila dijawab orang yang kita fikirkan tadi berada dalam talian . Atau pun pintu rumah kita diketuk apabila kita membukanya orang yang dimaksudkan berdiri didepan pintu rumah kita.
Apabila rumah anda tidak terkunci , apabila anda tertinggalkan telepon bimbit , dompet atau barang barang lain , apabila seseorang sedang berfikir tentang anda , apabila seseorang datang melawat anda , apabila sesuatu keburukan menimpa diri anda. Apabila sesuatu akan terjadi kepada ahli keluarga anda . Apabila anda terlupa untuk melakukan sesuatu yang penting.
Siapakah yang mengingatkan anda ?
Siapakah yang cuba membantu anda ?
Siapakah yang memberi tunjuk ajar kepada anda ?
Siapakah yang memberi amaran kepada anda ?
Siapakah yang cuba menyelamatkan anda ?
Siapakah yang cuba membantu anda ?
Siapakah yang memberi tunjuk ajar kepada anda ?
Siapakah yang memberi amaran kepada anda ?
Siapakah yang cuba menyelamatkan anda ?
Ada sebuah kuasa yang sentiasa mengawasi kita dan cuba membantu kita . Siapakah kuasa itu ? .
Kuasa itu mungkin Tuhan kita , Guru kita , Roh kita , Roh orang tua kita , alam semula jadi atau sesuatu yang lain. Biasanya kita akan terdengar suara bisikan ditelinga atau didada , kadang-kadang ujud imbasan gambaran atau video tentang sesuatu yang akan berlaku , kadang-kadang kita akan berminpi tentang sesuati yang akan berlaku, dan banyak lagi kaedah yang digunakan untuk menghantar berita kepada kita.
Malang sekali kita langsung tidak menghiraukan tentang berita-berita yang dihantar. Kalau kita dengar dengan teliti dan percaya berita yang dihantar kita boleh mengelakkan banyak benda buruk didalam kehidupan kita dan ahli keluarga kita. Apabila kita dapat berita-berita sebegini kita akan lebelkannya sebagai bisikan hantu , jin , syaitan dan sebagainya . Kenapa ?
Kerana kita tidak percaya kepada Tuhan .
Kerana kita tidak percaya kepada malaikat atau dewa .
Kerana kita tidak percaya kepada Guru .
Kerana kita tidak percaya kepada diri sendiri .
Kerana kita percaya bahawa benda-benda sebegini tidak ujud.
Kerana kita tidak percaya kepada malaikat atau dewa .
Kerana kita tidak percaya kepada Guru .
Kerana kita tidak percaya kepada diri sendiri .
Kerana kita percaya bahawa benda-benda sebegini tidak ujud.
Hanya kerana kita tidak tahu atau kita tidak paham , tidak bererti tidak ujud. Jika anda tidak paham , mengakulah anda tidak paham dan tidak tahu . Anda akan ditunjuk ajar. Jangan cakap tiada atau salah kerana anda tidak akan memperolehinya sampai bila-bilapun.
Peristiwa 1 :
Seorang isteri bermimpi bahawa suaminya meninggal dunia dalam kemalangan . Keesokan harinya dia menerangkan mimpinya kepada suami dan meghalangnya dari keluar dari rumah . Dia merayu suaminya duduk dirumah sahaja untuk satu hari ini . Suaminya tidak percaya kepada isteri.Suaminya seorang ustaz , imannya sangat kuat. Dia menjawab kepada isterinya . Jika itu yang Allah inginkan , Jika Allah menentukan kematian saya akan berlaku sebegini. Biarlah ia berlaku. Bas yang dinaikinya mengalami kemalangan dengan melanggar pokok dan ustaz itu mati ditempat kejadian.
Imannya memang kuat , Allah SWT sangat sayangkan orang yang kuat imannya. Oleh kerana Allah SWT sayang kepadanya dia memberi amaran melalui isterinya. Allah cuba selamatkannya , allah menunjukkan dengan terang benderang apa yang akan berlaku jika dia keluar . Malanynya dia tak paham dan tak percaya , menyebabkan dia maut.
Peristiwa 2 :
Seorang pergi kelapangan terbang untuk menaiki kapal terbang utntuk pergi ke negeri sebelah. Dia beli tiket kapal terbang dan menunggu kapal terbang didalam lapangan terbang. Semasa dia menunggu hatinya mula gelisa , dia rasa sesuatu keburukan akan berlaku kepadanya . Dia mula risau , dia gelisa tak tahu nak buat apa . Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membatalkan perjalanannya.
kapal terbang yang perlu dinaiki itu mengalami kerosakan jentera dan jatuh sejam selepas berlepas. Semua penumpangnya mati ditempat kejadian . Hanya seorang ini yang terselamat.
Kedua-dua peristiwa di atas adalah peristiwa yang sebenar-benar terjadi. Ini buakan cerita rekaan . Anda pasti ada banyak pengalaman sebegini dalam kehidupan anda. Mungkin anda terlepas dari masalah atau keburukan dengan mengikuti bisikan hati anda atau anda menimpah kemalangan dan keburukan tanpa mendengar bisikan hati anda.
Bisikan hati ada dua jenis utama.
- Berita yang betul dan benar bari sumber yang betul , seperti Tuhan , Guru , Malaikat dan sebaganya.
- Bisikan yang salah dan mengelirukan dari minda kita , externel mind , ego dan sebagainya.
Kita kena pandai membezakan kedua-duanya . Pada mulanya memang susah untuk membezakan yang betul dangan palsu tetapi apabila anda mula memperhatikan berita yang anda dapat , lama-kelamaan anda dapat membezakannya dengan jelas.
Jangan abaikan berita , amaran , arahan dan bantuan yang anda dapat dari luar. Saya tulis dan anda baca artikal ini dengan kehendah Tuhan. Kerana anda telah mengabaikan banyak berita penting atau anda akan menerima sebuat berita penting tidak lama lagi.
Saturday, 24 November 2012
Jangan Bersedih: Tanyalah Dirimu Tentang Hari Ini, Kelmarin dan Esok.
Tutuplah pintu esok hari serta semalam dan hiduplah di dalam setiap saat pada hari ini.
Apakah kita akan menunda kehidupan hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan yang indah di kebun di esok hari?
Apakah kita harus menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dan membayangkan perkara-perkara yang telah terjadi di masa lalu yang telah lapuk bersama degan berlalunya waktu dan zaman?
Apakah saat bangun di pagi hari, kita telah bertekad untuk menggunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam?
Apakah kita mampu mengambil faedah dari rangkaian saat demi saat dalam kehidupan hari ini?
Bila kita akan mulai melakukan itu semua? Minggu ini? Hari esok? Hari ini?

Saturday, 17 November 2012
Hawa 1
Wahai kaum hawa
Jika ada teguran ataupun luahan perasaan...
Bicarakannya dengan bijak tanpa berlindung sedikitpun...
Kerana si adam memahami apa yang hawa katakan...
Namun belum pasti isi yang tersirat disebalik kata-katamu...
Si adam dapat mengertinya...
Wahai kaum hawa...
Fahamilah si adam dengan budinya...
Adam tidak gemar menunjukkan dirinya yang sebenar...
Kerana mereka sedang menilai kecantikan dalamanmu...

Friday, 16 November 2012
Adam 1
Wahai kaum adam...
Jangan sesekali kamu memegang tangan si hawa...
Lantas kamu memberi si hawa harapan tentang cinta...
Namun pada masa yang sama kamu tidak mencintai si hawa...
Kerana saat itu timbul perasaan cinta pada si hawa yang akan menyayangi kamu...
Wahai kaum adam...
Jika kamu ingin membincangkan keputusan tentang cinta...
Jangan sekali-kali berbincang dengan sahabat rapat kaum hawamu...
Pada mereka ada sedikit ruang menanti kehadiran diri kamu...
Si hawa hampa kerana tiada sedikit ruang pun...
Untuk meluahkan perasaan cinta terlebih dahulu...
Thursday, 15 November 2012
Apakah Kau Jua Merasainya?
Bagaimana untuk kita mengenalinya...
Menjadi diri sendiri adalah yang terbaik...
Pasangan dapat mengenali kita dengan lebih jelas...
Jika kita cuba menyembunyikannya dengan watak yang berbeza...
Cinta itu tidak akan kekal indah selama-lamanya...
Kerana lakonan yang sia-sia itu dusta belaka...
Hingga menyebabkan kita tidak lagi mengenali siapa diri kita
yang sebenar...
Sesat dijalan yang terang lagi nyata...
Pilu menemani waktu-waktu syahdu...
Kita sentiasa keliru diantara keperluan dan kemahuan...
Dua perkara yang berbeza namun serupa...
Apa yang sebenarnya cinta bukanlah zahirnya semata-mata...
Bukan pula batin yang dipelukan antara satu sama yang
lain...
Kita perlu satukan keduanya sekali...
Keseimbangan membawa kebahagiaan, dan kebahagiaan membawa
cinta...
Ibarat kita mempunyai sebelah kaki dan pastinya sukar untuk
kita berjalan...
Inikan pula cinta tanpa kasih dan sayang...
Terpisah antara lena dan jaga diantara ruang dan waktu...
Sayu menyelubungi sengsara disegenap pelusuk jiwa...
Wednesday, 14 November 2012
Kisah Dajjal Bahagian 4
Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)
Sifat² Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .
Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’
Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Wallahu A'lam.
Tuesday, 13 November 2012
Kisah Dajjal Bahagian 3
Bicara Rasulullah tentang Dajjal
Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya
mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala
merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam
kelompok lebah.
Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".
Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.
Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.
Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.
Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.
Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.
Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.
Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.
Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).
Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.
Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.
Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"
Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.
Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.
Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

Monday, 12 November 2012
Kisah Dajjal Bahagian 2
KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w
telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh
masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa
oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya
tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang
terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah
sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang
mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan
Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.
Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku
sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat
sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat,
bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau
buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta
pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka
nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal
dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan
berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata
kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh
dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa
yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu
bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang
yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia
suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi
supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang
baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian
itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya
dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian
hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran
Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar
kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu
orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di
Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah
menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang
dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya
(tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman
mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia
lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun
beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit
supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya.
Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang
pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak
amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:
“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu
datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang
paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan
kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku
sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?”
Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya
takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu
aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang
setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa
bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari
yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu
tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab:
“Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan
sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya
menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia
berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu
berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi
kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka
selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat
puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam
yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua
penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya
orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu
A’lam.
Sunday, 11 November 2012
Kisah Dajjal Bahagian 1
Saya tertarik untuk berkongsi kisah ini...
Bagaimanapun masih ada sedikit tipudaya yang sering kita leka...
Mari kita ketahui sejarah ad-Dajjal serba sedikit, dan apa kata Rasulullah tentangnya...
Bagaimanapun masih ada sedikit tipudaya yang sering kita leka...
Mari kita ketahui sejarah ad-Dajjal serba sedikit, dan apa kata Rasulullah tentangnya...
SEJARAH AD-DAJJAL
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais
mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk
solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai
solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda
tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas
sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu
jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu
berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira.
Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang
Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita
kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai
dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan
menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke
tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke
pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka
terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak
ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya
sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu
Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah
kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang
itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan
tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya
sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke
telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu
menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin
bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi
ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke
tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan.
Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal
bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia
katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah
berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang
sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di
negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar
itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka
menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut
pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang
sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki
itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya
tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu
ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka
menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya
lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia
diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa
pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w
telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka
beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku
terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi
izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh
malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak
dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka
aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan
tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat
dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku
sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan
saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada
kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat
dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman.
Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w
sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang
dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan
atau Asfihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)