Adab
pergaulan
Berbicara
dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui
tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan
adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang
menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu
yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah
yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna
bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
Orang
yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda
kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.
Allah
S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk
dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak
berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)
Abdullah
ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka
daripada kuda liar yang dibiarkan diam.
Pertama:
Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana
hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau
akan selamat daripada dosa.
Kedua:
Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya
yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya
tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal
yang memalukan.
Ketiqa:
Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga
dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan
menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti
hatimu.
Keempat:
Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri
ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin
dimaafkan olehnya.
Kelima:
Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan
mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu
Abi Dunya).
Oleh
itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah
yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa
kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan
tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan
keredhaan Allah.
Oleh: Panel Penulis JAKIM
No comments:
Post a Comment