Kaedah
al-Qur'an Dalam Pertuturan
AI-Qur’an
dengan tegas merumuskan bahawa umat Islam secara nyata memiliki ciri-ciri
khusus yang membezakan mereka daripada umat lain.
Firman
Allah S.W.T
Maksudnya:
Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman)
itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka orang yang fasik.
(Surah Ali-Imran : 110)
Antara
ciri khusus mereka yang paling utama ialah menyuruh melakukan kebaikan,
mencegah kejahatan dan beriman kepada Allah S.W.T. Ciri tersebut sangat penting
diambil ingatan oleh umat Islam kini khususnya dalam konteks jika mereka mahu
membangunkan semula keyakinan diri dan menjadi'umatan wasatan'untuk masa kini
dan masa depan.
Firman
Allah S.W.T:
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebahagian Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.(Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka'bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat itu adalah amat berat (untuk diterima)kecuali kepada orang yang telah diberika
(Surah aI-Baqarah : 143)

Walau
bagaimanapun apabila ditinjau kepada potensi umat yang ada pada masa kini, kita
dapati pertembungan fahaman telah menjadi salah satu halangan besar yang
membelenggu mereka untuk hidup bersatu. Bersatu dalam erti kata saling tegur
menegur dan menegakkan kebenaran secara berhikmah.
AI-Quran
telah meletakkan beberapa kaedah tentang bagaimanakah cara terbaik untuk hidup
saling tegur menegur dan bergaul dalam masyarakat. Bagaimanakah cara yang
terbaik pula untuk mereka mengembalikan maruah ummah tanpa menjatuhkan orang
lain sekaligus berperanan menjadi contoh kepada bangsa lain bahawa kita
bukanlah umat yang suka kepada perbalahan dan saling bercakaran.
AI-Quran
dalam banyak ayatnya menggesa supaya dibentuk fikiran umum yang menyeru kepada
kebaikan dan mencegah daripada keburukan. Semua ini dilakukan demi menjaga
kehormatan ummah dan ia perlu melalui kebebasan berfikir dan kebebasan bercakap
asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan umum. Antaranya percakapan yang
tidak sopan dan ungkapan-ungkapan yang tidak manis didengar.
Oleh: Panel
Penulis JAKIM
No comments:
Post a Comment