Nuffnang

Thursday, 15 November 2012

Apakah Kau Jua Merasainya?


Jika kita tidak mencari cinta...
Bagaimana untuk kita mengenalinya...
Menjadi diri sendiri adalah yang terbaik...
Pasangan dapat mengenali kita dengan lebih jelas...
Jika kita cuba menyembunyikannya dengan watak yang berbeza...
Cinta itu tidak akan kekal indah selama-lamanya...
Kerana lakonan yang sia-sia itu dusta belaka...
Hingga menyebabkan kita tidak lagi mengenali siapa diri kita yang sebenar...
Sesat dijalan yang terang lagi nyata...
Pilu menemani waktu-waktu syahdu...

Kita sentiasa keliru diantara keperluan dan kemahuan...
Dua perkara yang berbeza namun serupa...
Apa yang sebenarnya cinta bukanlah zahirnya semata-mata...
Bukan pula batin yang dipelukan antara satu sama yang lain...
Kita perlu satukan keduanya sekali...
Keseimbangan membawa kebahagiaan, dan kebahagiaan membawa cinta...
Ibarat kita mempunyai sebelah kaki dan pastinya sukar untuk kita berjalan...
Inikan pula cinta tanpa kasih dan sayang...
Terpisah antara lena dan jaga diantara ruang dan waktu...
Sayu menyelubungi sengsara disegenap pelusuk jiwa...

No comments:

Post a Comment