Nuffnang

Sunday, 25 November 2012

Bisikan




Apabila kita keluar dari rumah , tiba-tiba hati kita mengeluarkan rasa ragu-ragu , sama ada rumah sudah dikunci ke belum ? . Apabila kita kembali periksa , ia didapati pintu rumah tidak dikunci.

Tiba-tiba dalam hati kita akan ujud perasaan ingin menghubungi dengan seseorang , apabila kita cari telepon bimbit baru kita sedar telepon bimbit sudah tertinggal dalam kereta atau rumah.

Tiba-tiba dalam hati kita akan ujud perasaan ingin menghubungi dengan seseorang , tiba-tiba telepon kita berbunyi . Apabila dijawab orang yang kita fikirkan tadi berada dalam talian . Atau pun pintu rumah kita diketuk apabila kita membukanya orang yang dimaksudkan berdiri didepan pintu rumah kita.

Apabila rumah anda tidak terkunci , apabila anda tertinggalkan telepon bimbit , dompet atau barang barang lain , apabila seseorang sedang berfikir tentang anda , apabila seseorang datang melawat anda , apabila sesuatu keburukan menimpa diri anda. Apabila sesuatu akan terjadi kepada ahli keluarga anda . Apabila anda terlupa untuk melakukan sesuatu yang penting.

Siapakah yang mengingatkan anda ?
Siapakah yang cuba membantu anda ?
Siapakah yang memberi tunjuk ajar kepada anda ?
Siapakah yang memberi amaran kepada anda ?
Siapakah yang cuba menyelamatkan anda ?

Ada sebuah kuasa yang sentiasa mengawasi kita dan cuba membantu kita . Siapakah kuasa itu ? .
Kuasa itu mungkin Tuhan kita , Guru kita , Roh kita , Roh orang tua kita , alam semula jadi  atau sesuatu yang lain. Biasanya kita akan terdengar suara bisikan ditelinga atau didada , kadang-kadang ujud imbasan gambaran atau video tentang sesuatu yang akan berlaku , kadang-kadang kita akan berminpi tentang sesuati yang akan berlaku, dan banyak lagi kaedah yang digunakan untuk menghantar berita kepada kita.

Malang sekali kita langsung tidak menghiraukan tentang berita-berita yang dihantar. Kalau kita dengar dengan teliti dan percaya berita yang dihantar kita boleh mengelakkan banyak benda buruk didalam kehidupan kita dan ahli keluarga kita. Apabila kita dapat berita-berita sebegini kita akan lebelkannya sebagai bisikan hantu , jin , syaitan dan sebagainya . Kenapa ?

Kerana  kita tidak percaya kepada Tuhan .
Kerana kita tidak percaya kepada malaikat atau dewa .
Kerana kita tidak percaya kepada Guru .
Kerana kita tidak percaya kepada diri sendiri .
Kerana kita percaya bahawa benda-benda sebegini tidak ujud.
Hanya kerana kita tidak tahu atau kita tidak paham , tidak bererti  tidak ujud. Jika anda tidak paham , mengakulah anda tidak paham dan tidak tahu . Anda akan ditunjuk ajar. Jangan cakap tiada atau salah kerana anda tidak akan memperolehinya sampai bila-bilapun.

Peristiwa 1 :
Seorang isteri bermimpi bahawa  suaminya meninggal dunia dalam kemalangan . Keesokan harinya dia menerangkan mimpinya kepada suami dan meghalangnya dari keluar dari rumah . Dia merayu suaminya duduk dirumah sahaja untuk satu hari ini . Suaminya tidak percaya kepada isteri.Suaminya seorang ustaz , imannya sangat kuat. Dia menjawab kepada isterinya . Jika itu yang Allah inginkan , Jika Allah menentukan kematian saya akan berlaku sebegini. Biarlah ia berlaku.  Bas yang dinaikinya mengalami kemalangan dengan melanggar pokok dan ustaz itu mati ditempat kejadian.

Imannya memang kuat , Allah SWT sangat sayangkan orang yang kuat imannya. Oleh kerana Allah SWT  sayang kepadanya dia memberi amaran melalui isterinya. Allah cuba selamatkannya , allah menunjukkan dengan terang benderang apa yang akan berlaku jika dia keluar . Malanynya dia tak paham dan tak percaya , menyebabkan dia maut.

Peristiwa 2 :
Seorang pergi kelapangan terbang untuk menaiki kapal terbang utntuk pergi ke negeri sebelah. Dia beli tiket kapal terbang dan menunggu kapal terbang didalam lapangan terbang. Semasa dia menunggu hatinya mula gelisa , dia rasa sesuatu keburukan akan berlaku kepadanya . Dia mula risau , dia gelisa tak tahu nak buat apa . Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membatalkan perjalanannya.

kapal terbang yang perlu dinaiki itu mengalami kerosakan jentera dan jatuh sejam selepas berlepas. Semua penumpangnya mati ditempat kejadian . Hanya seorang ini yang terselamat.

Kedua-dua peristiwa di atas adalah peristiwa yang sebenar-benar terjadi. Ini buakan cerita rekaan . Anda pasti ada banyak pengalaman sebegini dalam kehidupan anda.  Mungkin anda terlepas dari masalah atau keburukan dengan mengikuti bisikan hati anda atau anda menimpah kemalangan dan keburukan tanpa mendengar bisikan hati anda.

Bisikan hati ada dua jenis utama.
  1. Berita  yang betul dan benar bari sumber yang betul , seperti Tuhan , Guru , Malaikat dan sebaganya.
  2. Bisikan yang salah dan mengelirukan dari minda kita , externel mind , ego dan sebagainya.

Kita kena pandai membezakan kedua-duanya . Pada mulanya memang susah untuk membezakan yang betul dangan palsu tetapi apabila anda mula memperhatikan berita yang anda dapat , lama-kelamaan anda dapat membezakannya dengan jelas.

Jangan abaikan berita , amaran , arahan dan bantuan yang anda dapat dari luar. Saya tulis dan anda baca artikal ini dengan kehendah Tuhan. Kerana anda telah mengabaikan banyak berita penting atau anda akan menerima sebuat berita penting tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment