Sekadar Hiasan |
Siapa yang tidak kenal dengan Bilal Bin Rabah ini. Merupakan seorang lelaki yang di antara
terawal memeluk Islam
biarpun diseksa hebat oleh tuannya. Pada ketika itu Bilal Bin Rabah merupakan
seorang hamba abdi kepada seorang lelaki kafir Quraisy. saya mahu
berkongsi dengan anda tentang kesusahan dan ketabahan Bilal biarpun diseksa,
tetapi tetap mempertahankan agama Islam pada ketika itu. Betapa kuatnya iman lelaki ini.
Bilal bin Rabbah ialah seorang hamba abdi
berkulit hitam. Dia adalah di antara 7 orang yang pertama yang memeluk Islam
meskipun diancam oleh orang kafir Quraisy yang tidak suka dengan kedatangan
agama baru ini.
Apabila tuannya mengetahui pengislaman Bilal, dia
telah disiksa dengan di pakaikan baju besi dan kemudian dijemur di padang pasir
yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan
‘Ahad! Ahad!’ yang bermaksud Allah Yang Esa, Yang Esa.
Bilal kemudian diseret hingga ke lereng-lereng
gunung tetapi dia tetap mengucapkan ‘Ahad! Ahad!’. Imannya kelihatan tidak
bergoncang sedikitpun. Apabila melihat tiada perubahan pada diri Bilal,
siksaannya kemudian ditambah dan menjadi lebih berat.
Sebiji batu besar diletakkan di atas badannya
lalu di jemur di tengah padang pasir dibawah panas terik matahari. Namun, tiada
perkataan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali ‘Ahad! Ahad!’. Dia ternyata rela mati
daripada menukar pegangan agamanya sekarang.
Apabila Abu Bakar as Siddiq diberitahu tentang
seksaan tersebut, dia terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal lalu
meminta Bilal dibebaskan. Sebagai pengganti, Abu Bakar menyerahkan seorang hamba berkulit
hitam yang lebih kuat sebagai tebusan.
Sebaik saja ditebus, Abu Bakar terus memerdekakan
Bilal dan membebaskannya dari perhambaan.
No comments:
Post a Comment