Banyak pemimpin-peminpin terdahulu ketika di zaman Rasulullah SAW,
mempunyai sifat yang suka
merendah diri antaranya Salman Al-Farisi. Merendah-rendahkan
diri sini, bukanlah bermakna kita hidup tanpa sebarang keyakinan, akan tetapi
hidup dalam keadaan bersederhana. Memang sukar untuk kita mencari pemimpin yang suka
merendah diri ini. Mungkin ada di antara kita tidak mengenali
siapa sebenarnya Salman Al-Farisi ini. Jom ikuti kisah di bawah ini.
Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang
sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa
hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan
takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya
yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan
dunia.
Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam
tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan
suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan.
Ia mempunyai
sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di
pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah
terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: “Wahai tuan!
Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi,
Amir negeri kita ini.”
Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila
dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia
meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu.
Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul
barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan“. Demikianlah
ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw.
yang tidak mementingkan darjat kedudukan.
No comments:
Post a Comment