Memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan bismillah adalah lebih afdhal.
Memulakan sesuatu dengan menyebut nama
Allah. Adakah kita juga tergolong dalam orang-orang yang
sentiasa mengucapkan bismillah dalam melakukan sesuatu pekerjaan? Jika ya
alhamdulillah, jika tidak, mari kita mulakan pada hari ini juga. Sudah tentu
kita sebagai hamba
Allah sentiasa mengharapkan redha daripada Allah SWT. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang keajaiban seorang isteri dalam
mengamalkan kalimah ini.
“Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak
mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu
hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang
banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil
duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat
tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke
dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada
engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan
duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.”
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan
beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia
bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.”
No comments:
Post a Comment