Solat merupakan tiang agama bagi
seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan
roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W
telah bersabda bahwa : “9 golongan orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :
1.
Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.
Orang lelaki yang melarikan diri.
5.
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari
Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu
tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari
kiamat nanti solatmu itu akan
dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang
buruk.”
No comments:
Post a Comment