Nuffnang

Wednesday 2 January 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah


Wahhhh dah kembali bersekolah adik-adik nih... Apa pon, kepada mereka yang lepas menduduki PMR dan UPSR serta adik-adik yang baru habis tadika, mesti mereka telah memasuki satu alam persekolahan yang berbeza dengan sebelumnya. Tahniah kepada yang cemerlang... Alaaaa cedih pulak yang kurang berjaya tuh... Cuba lagi peperiksaan yang akan datang... Sebabnya kejayaan diri kita bukan berdasarkan sehelai, atau berhelai-helai kertas tersebut... Seseorang itu berjaya kerana ada kemahuan dan usaha yang tinggi sehingga menempatkan mereka di atas. Ala cian-cian adik kat bawah nih.... Kali pertama masuk sekolah mak ayah tiada...



Saya ada satu kisah pelik! Mengapa Sekolah Ini Hanya Mempunyai Seorang Murid? Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap sekolah ini tidak dikira pelik biarpun hanya mempunyai seorang murid. Bagaimanapun ia sangat unik dan menjadi persoalannya mengapa hanya seorang murid sahaja yang bersekolah di situ. Jika di Malaysia, rasanya ia tidak berlaku di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta. Jika adapun, ia lebih dari angka yang sepatutnya. Jom lihat gambar di bawah ini.


Hu Yang, 8 tahun, pergi ke sekolah setiap hari, apa yang menyedihkan ialah dia adalah satu-satunya pelajar di sekolah rendah di Provinsi Fujian, China. Pada tahun 2005 sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar tetapi mereka meninggalkan sekolah dan mengikut atau membantu ibu bapa mereka dalam mencari pekerjaan akibat kemiskinan hidup. Sekarang, Hu Yang diajar oleh 2 orang guru setiap hari.

No comments:

Post a Comment