Memang tidak dinafikan, kita memang agak sukar menerima nasihat lebih-lebih
lagi jika
nasihat itu diberikan oleh orang yang lebih muda daripada kita.
Kita menjadi begitu kerana menganggap mereka sebagai orang yang kurang ‘makan
garam’ berbanding kita. Namun sebenarnya kita perlu mempunyai sifat hati terbuka
untuk menerima nasihat, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah.
Apakah nasihat tersebut?
Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari
ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak
sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya
menegur budak tersebut dengan mengatakan :
” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu.
Bimbang engkau akan tergelincir nanti “
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas
perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
“Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Namaku Nu’man “
“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam
( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali
kepada al-Imam Abu Hanifah.
al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut.
Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”
Budak itu lalu menjawab :
“Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam
api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut
kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun
gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka
Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”
Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu
mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil
akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini…
No comments:
Post a Comment