Sekiranya seseorang itu mengajak kita untuk berdebat, ia tidaklah menjadi masalah. Namun
perdebatan itu mestilah didatangkan dengan fakta dan logik akal bukan emosi. Adalah
satu perkara yang sia-sia jika kita berdebat dengan orang yang sebegitu. Hanya
tahu bercakap dan mahu bersikap mahu menang sahaja. Pada suatu ketika dahulu, Imam Syafie pernah bertemu
dengan seorang pendebat. Pendebat tersebut telah memberikan
satu soalan
kepada Imam Syafie.
Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam
Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan
api?”
Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia
mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki
itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.
Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya,
“Adakah kamu sakit?”
Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”
Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia
yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.”
Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia
telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie.
Begitulah juga dengan keadaan Iblis. Dia Allah
menciptanya daripada api dan disiksa juga dengan api.
No comments:
Post a Comment