Cara Khalifah Umar
Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya. Memang tidak dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak hairanlah jika
suami terpaksa menadah telinga
mendengar bebelan isteri adakalanya sampai setiap hari. Biarpun
leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun
tahukah anda bahawa Khalifah Umar
Al-Khattab juga mempunyai cerita yang
tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang
garang, namun apabila dengan
isteri, ia sangat menghormati isterinya.
Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri
yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat
membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa
lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak
dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan
ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam
diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban
hari.
Pada
suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman
lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab
dengan niat untuk mendapatkan
tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat
isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada
Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya dia dia
rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah
Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran
suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai
tabiat yang sama, dan
mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya
untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami
tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya,
“Apa hajat kamu datang kemari?”
Lalu si suami tadi
menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga
mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”
Mendengar jawapan
dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya
aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah
dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan
zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat
hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih
sendiri.”
Begitulah hebatnya
peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang
sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi
kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau
sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment